PEMANDANGAN CANTIK DI JETI KE PULAU AMAN !

PEMANDANGAN CANTIK DI JETI KE PULAU AMAN !  |  Baru-baru ini, aku sempat jalan-jalan di sekitar kawasan seberang perai Pulau Pinang . Pada mulanya hanya untuk pusing-pusing sambil singgah untuk membeli belah. Tetapi akhirnya membawa aku ke satu tempat yang aku tak pernah sampai walaupun dah lama tinggal di Pulau Pinang atai dengan maksud lain memang lahir di Pulau Pinang. Lokasi yang aku maksudkan adalah Jeti ke Pulau Aman .

Apa yang ada di Jeti ke Pulau Aman ?

Jeti ke Pulau Aman terletak di Kawasan Batu Kawan berdekatan dengan Stadium Batu Kawan,Pulau Pinang . Kalau korang datang ke sini, ia hanya ada jeti dan beberapa gerai makanan dan tempat letak kereta. Orang yang datang dekat sini pasti tertanya kenapa tidak ada kedai Mee Udang di Jeti Pulau Aman ? Sebabnya, banyak kedai seafood di buka di Pulau Aman.

Jadi, kita perlu menyeberang laut untuk ke Pulau Aman. Jangan risau, khidmat Bot laju ke Pulau Aman sentiasa ada untuk korang jika korang ingin ke Pulau Aman . Kalau nak makan mee udang kena ke Pulau Aman. Harga tambang naik bot ke Pulau Aman pula adalah Rm 1 sekepala. murah je kan.

Tapi masa hari aku sampai ke jeti Pulau Aman ini , aku tak pergi ke Pulau Aman , sebaliknya aku hanya pusing-pusing di sekitar jeti. Ramai orang di situ untuk joging, mandi manda dan beristirehat bersama ahli keluarga tercinta. Keadaan dan suasana di sana yang agak baik dan tenteram menjadikan ia salah satu tempat yang perlu di jaga dengan baik untuk industri pelancongan di Pulau Pinang . Jom aku kongsikan satu gambar di sekitar kawasan Jeti Pulau Aman,Pulau Pinang.


PEMANDANGAN CANTIK DI JETI KE PULAU AMAN !


Sekian .

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)