NASI KANDAR DEEN MAJU PULAU PINANG !

NASI KANDAR DEEN MAJU PULAU PINANG ! | Selepas membaca review dari pelanggan-pelanggan restoran Nasi Kandar deen Maju di media sosial, aku pun tekad untuk mencuba sendiri rasa Nasi Kandar yang di katakan sedap dan Rare bagi pelanggan nasi kandar deen Maju. Lokasi Nasi Kandar deen maju ini terletak di Pulau Pinang . Dikatakn terkenal di media sosial.rata-rata ramai yang memuji keenakkan nasi kandar Deen Maju ini .

Salah satu keunikkan Restoran deen Maju ini adalah korang kena beratur panjang menunggu giliran sebelum korang boleh beli makanan. Sebab apa ? sebabnya kedai ni terkenal jadi ramailah yang ingin mencuba nasi kandar deen maju ini . Aku mula beratur dalam jam 3 55 petang, dan aku selesai membayar duit makanan yang aku beli take away pada pukul 4.30 petang. dalam 20 ke 25 minit beratur mengikut situasi dan keadaan sama ada ramai pelanggan atau tidak. Aku pi masa hari sabtu .

NASI KANDAR DEEN MAJU PULAU PINANG !

Kalau korang nak tau ramai mana masa aku beratur tu. korang tengok gambar dekat atas ni. percaya tak ? aku ada dalam barisan yang panjang tu . hehe panas-panas beartur. tapi okaylah laju jugak lah dia punya servis tu . orang pun sanggup tunggu lama. Kalau bab rasa, secara jujurnyalah aku membesar di Pulau Pinang ni , Sebenarnya ada restoran lagi sedap sebenarnya. rasa nasi kandar deen maju ni lebih kurang dengan Nasi Kandar Sharif di Gelugor . Bukan tak sedap, boleh lah rasa dia. tak tahu tekak orang lain macam mana kan.

Harga dekat sini juga standard dan berpatutan. korang kalau datang penang, boleh lah cuba makan nasi kandar deen maju ni. Oh ya, kalau korang mencari Nasi Kandar untuk sarapan Pagi di Pulau Pinang, korang boleh baca entri aku di sini .Semoga review aku yang sedikit ini dapat membantu korang untuk pergi mencari nasi kandar terbaik di Pulau Pinang

Alamat  Nasi Kandar Deen Maju, Pulau Pinang :

Address170, Jalan Gurdwara, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia ,

korang google jer dan guna google maps lagi mudah .


Sekian.


Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)