KERANA POKEMON GO, RAKYAT MALAYSIA SANGGUP KUTUK ULAMA !

KERANA POKEMON GO, RAKYAT MALAYSIA SANGGUP KUTUK ULAMA ! | Sejak dari saranan Mufti Wilayah Persekutuan , Sohibusamahah Ustaz Zulkifli Al-bakri agar ummat islam di Malaysia tidak bermain pokemon Go ,Ramai ummat islam yang mengecam dan mengutuk Mufti Wilayah Persekutuan tersebut . Pelbagai kutukan yang dikenakan kepada mufti tersebut. Ada yang mengaitkan beberapa isu di dalam negara dan mempersoalkan kenapa mufti tidak mengeluarkan fatwa mengenai isu tersebut. kenapa sibuk bagi fatwa terhadap pokemon go sahaja ?

Antara isu yang di bawa adalah pengharaman judi, aurat dan sebagainya. Ramai agaknya dari kalangan ummat islam di malaysia yang kurang cakna atau sengaja bermalasan dalam menuntuT ilmu agama. urusan judi, aurat rasuah dan sebagainya sudah awal-awal lagi di perintahkan hukumnya adalah haram . Kenapa masih ada yang keluarkan statement mengatakan ulama berat sebelah dan sebagainya. Ulama dan mufti dah keluarkan fatwa , tetapi mereka tiada kuasa untuk menetapkan undang-undang. sebab itu , perkara seperti rasuah , judi ,aurat dan sebagainya masih ada di dalam negara kita .




Macam mana nak hilangkan benda tu ? kena tanya pemimpin lah ? siapa yang memimpin, tanggungjawab mufti sudah selesai iaitu menyampaikan apa yang Allah suruh bagitau, tetapi akibat kekangan kuasa dalam pergubalan undang-undang, maka mufti dan ulama tidak boleh mengubah undang-undang, yang boleh ubah hanyalah pemimpin. maka tanggungjawab tersebut terpalit kepada pemimpin. suruhlah pemimpin hangpa tu tukar dan ikut panduan islam. ini tak dok cakap mufti juga yang salah. ermm tak faham aku .

Sepatutnya, kita sebagai ummat islam, kita kena utamakan apa yang ulama dan mufti cakap . Aku ambil contoh berkenaan pokemon go, Mufti wilayah sudah mengeluarkan fatwa yang agak lengkap dan terperinci sebelum mereka mengeluarkan fatwa atau pendapat. kalau korang tak percaya, boleh rujuk link ini untuk ke portal mengenai pokemon go - http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go 

Selepas selesai baca , korang akan faham , tugas mufti dan fatwa yang di keluarkan tu bukanlah secara on the spot sebaliknya ia adalah hasil perbincangan bersama dengan ahli-ahli yang sepatutnya. Sebagai ummat islam juga, kita patut hormat fatwa ulama dan mufti . Kita ni bukan pandai bab ilmu islam, Nuzul ayat dalam al-quran pun kita tak tau . bukan setakat nuzul ayat , malah terjemahan al-quran pun kita tak faham. lepas tu boleh pulak cakap mufti salah keluar hukum .

Janganlah jadi bodoh wahai rakyat melayu islam di malaysia ini . ulama lebih dekat hubungan mereka dengan Allah berbanding kita. usah sombong dengan sedikit ilmu kita. usah guna ego dan kata-kata kesat kita terhadap ulama. kita tak ada hak untuk berkata demikian kepada mereka. hormatlah mereka .sesungguhnya mereka itu adalah pewaris para nabi yang menyampaikan ajaran islam kepada kita sehingga hari ini .

Aku betul-betul minta maaf. aku tak sanggup tengok orang dok kutuk ulama, sebab aku sayangkan mereka. kalau ada yang berani kutuk ulama, korang kena lepasi aku dulu baru korang boleh kutuk ulama.

Sekian.


Jom like Page admin untuk info menarik !

3 comments.. read them below or add one

anazarin dotcom anazarin dotcom August 7, 2016 at 10:05 AM
Tulah pasal... dah try juga main pokemon go nie..klau leka bermain bahaya akan menimpa...lebih baik uninstall je
Cik Yaya Cik Yaya August 8, 2016 at 2:32 PM
btul..tgok ad mbr yg main mende tu mmg agk tkejut..
main seharian bende tu..tgok hp je..bila tgok dia main,
risau pun ada..sebb kdng leka tgok hp,apa yg ad didepan pun xnmpk
AnonymousAnonymous August 9, 2016 at 2:18 PM
Sokong..tetapi....hujung pangkal pada diri sendiri juga kan. Adakah Satoshi Tajiri buat pokemon untuk ini semua berlaku ka? kalau lah mereka dapat ulasan dari dia..bukan kah elok. sekurang-kurangnya kita semua tahu apa yg founder pokemon ni mahu sampaikan.

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)