TAHNIAH BEREGU CAMPURAN MALAYSIA !

KALAH DALAM MENANG ! | Sekarang rakyat malaysia melalui satu fasa iaitu demam Olimpik Rio 2016 . Semua orang memperkatakan mengenai olimpik, Malaysia dapat pingat apa ? dan pelbagai ragam yang berlaku sepanjang musim olimpik kali ini. Ia seperti dema FIFA yang melanda dunia setiap 4 tahun sekali . Bagi saingan olimpik, Sudah pasti tumpuan di berikan kepada acara-acara yang disertai oleh kontijen negara. Antaranya, Badminton, Renang,Berbasikal,menembak dan lain-lain . Kini , tumpuan terarah kepada sukan Badminton apabila kontijen negara melakukan kejutan dengan memasuki pusingan akhir .


chan peng soon dan goh liu ying olimpik rio


Semalam berlangsungnya perlawanan Akhir Badminton bagi beregu campuran di antara Malaysia dan Indonesia . Bagi pasukan malaysia di wakili oleh Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying . Manakala bagi pasukan Indonesia di wakili oleh Liyana Natsir dan Tontowi . Keputusan Akhir , Malaysia berjaya membawa pulang pingat perak dan pingat emas menjadi milik Indonesia. Sebenarnya, ia adalah pencapaian terbaik bagi skuad beregu campuran negara apabila marah ke final Olimpik dan memenangi pingat.

Tahniah di ucapkan buat beregu campuran negara Chan Peng soon dan Goh Liu Ying kerana berjaya membawa pulang pingat buat skuad negara . Mereka mempunyai potensi yang amat besar dalam sukan badminton. Kalau korang perasan, mereka juga yang membuat kejutan ke separuh akhir Piala Thomas pada April . Permainan mereka juga semakin matang dalam aksi mereka pada kejohanan olimpik kali ini. Semoga terus berjaya dan cemerlang pada masa akan datang.

baca juga : Biodata Goh Liu Ying 

Walaupun mereka kalah di Final tetapi mereka tetap menang di hati rakyat malaysia . Tahniah ! :)

Perlawanan tumpuan seterusnya adalah aksi final beregu lelaki negara dan separuh akhir perseorangan lelaki negara.

Sekian.

Previous Post Next Post