PUASA 6 DI BULAN SYAWAL !

PUASA 6 DI BULAN SYAWAL ! |  Sedar tak sedar , hari ini dah masuk 22 syawal dah. cepat sungguh masa berlalu. banyak yang berlaku sepanjang syawal kali ini .Antaranya, kita bertemu dengan sanak saudara kita di hari mulia dan kemudian memenuhi jemputan open house yang di anjurkan sama ada oleh teman kita atau pun pejabat kita. Semua ini di harap dapat menjadikan kita insan yang bertimbang rasa dan hormat menghormati antara satu sama lain .

baca juga : Suasana penyediaan berbuka puasa di Madinah
bila dah nak habis syawal, baru teringat yang puasa 6 tak buat lagi . itulaah rajin sangat makan . haha namun masih sempat lagi untuk kita semua buat. aku pun baru terhegeh-hegeh nak buat ni. entah sempat ke tidak. jom, sama-sama kita ambil peluang ini untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Pahalanya seperti berpuasa setahun. ia di sebutkan di dalam hadis . jom-jom plan cepat . hehe

PUASA 6 DI BULAN SYAWAL !

Aku yakin pasti ramai yang dah raya dari puasa 6 kan. malu lak aku tulis macam ni, nampak sangat aku ni malas kan. Allah. hehe Kadang-kadang kita sibuk dengan open house dan nafsu makan kita yang luar biasa ketika di bulan syawal ini, sampai terlupa yang kita di galakkan berpuasa 6 . tak apalah , baki lagi beberapa hari ini, buatlah selagi mampu ya.

Peluang yang datang setahun sekali macam ni , jangan sia-sia kan tau. bukan apa, kalau seumur hidup kita, biarlah sekali kita pernah buat puasa 6. walau pun sunnat tapi tak salah kita buat kan. umur manusia tak panjang mana, kalau tak buat, takut tak sempat. aku selalu ingatkan diri aku macam tu. semoga dapat beri kekuatan dekat korang ya.

Selamat berpuasa.

Sekian.




Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)