[ MESTI BACA ] DAH BESAR ATAU PERANGAI MASIH MACAM BUDAK-BUDAK ?

Perangai Budak-Budak | Pernah tak dengar orang kata dekat kita " umur dah tua tapi perangai budak-budak " ? Mesti pernah kan. haha benda ni selalu berlaku bila perangai kita melebihi kanak-kanak dalam sesuatu situasi Kadang-kadang perangai kebudak-budakkan ni datang secara sepontan bukan di buat-buat, tapi apa kan daya, masih di anggap sebagai tidak patut di keluarkan oleh seorang insan bergelar orang dewasa.

Aku pun bisa juga buat perangai budak-budak , tapi tak selalu lah kena marah sebab buat perangai macam tu. hehe aku ada jawab satu kuiz di blog ini . dalam kuiz tu banyak soalan yang di tanya kepada kita sama ada kita ni dah dewasa atau masih kanak-kanak. dan hasil dari aku jawab kuiz tersebut. aku di kategori sebagai kanak-kanak. hahaha best jugak jawab main kuiz-kuiz macam ni .

Perangai Budak-Budak

kalau korang nak try jugak korang pi blog ini .

Tak salah jadi kanak-kanak, tapi kita kenalah ikut keadaan, janganlah benda serius tetapi kita buat main-main. Kalau budak-budak ,tak apa sebab depa memang tak ada tanggungjawab untuk di lakukan. tiada tanggungjawab untuk kita menyalahkan mereka. tetapi kita yang dewasa ni ada tanggungjawab. Setiap yang kita buat, pasti akan di pertanggungjawabkan apabila berlakunya kesalahan.

Seronok jadi kanak-kanak sebab tak ramai yang akan peduli dan soal macam-macam. nak duit raya pun dapat banyak. bila jadi dewasa dan besar, semua itu hilang tetapi Allah gantikan dengan perasaan suka memberi. maka kita pula akan memberi duit raya. sehinggakan kalau orang offer nak duit raya pun kita akan tolak sebab kita dah bekerja. betul tak ?

Pendek kata, bukan semua perangai kita ini melambangkan minda da fikiran kita sama ada ,kita kanak-kanak atau dewasa. sebaliknya keputusan yang kita pilih dan lakukan itulah yang melambangkan kita sudah dewasa atau kanak-kanak. fuhhh penatnya membebel. hahaha dah-dah aku nak gi makan, korang jawab lah kuiz yang aku bagitau tu. lepas tu meh komen dekat bawah ni. korang dewasa atau kanak-kanak. hehe

[+] Kuiz Korang sebenarnya kanak-kanak atau dewasa atau sebaliknya ?

Sekian.
Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)