Rakyat Malaysia dan Kari Memang Tidak Boleh di Pisahkan !


KARI DAN RAKYAT MALAYSIA I Orang Malaysia memang tidak boleh lari dari makan Kari. Tak kira , kari ayam, daging dan ikan. Pendek kata, siapa sahaja rakyat malaysia yang tidak makan kari. Melayu ,Cina dan India ,semuanya makan kari. Dari pagi sampailah ke malam, tanpa Kari pasti makanan kita kurang enak dan sedap. Ramai juga merungut apabila, kari yang di hidangkan tidak menepati cita rasa mereka. Itulah anra lumrah apabila kita makan kari .

baca juga : Kari Ayam Special .


gambar Tumix
Selalunya Kari akan menjadi hidangan wajib jika di makan dengan roti, roti canai, nasi , mee dan lain-lain. Dari pagi lagi , rakyat malaysia akan menikmati kesedapan kari dengan makanan sarapan mereka. Walaupun menu sarapan selalunya banyak dan pelbagai. tetapi menu yang di apit dengan kari selalu menjadi pilihan. Contohnya roti Canai .

Apabila menjelang tengah hari, tibalah waktu rehat ketika bekerja. pastinya ramai yang akan memilih menu yang agak berat bagi menampung baki hari untuk mereka menyelesaikan tugasan mereka .Selalunya restoran maskan berlauk akan menjadi tumpuan pekerja ketika waktu makan. cuba lihat, menu yang mesti ada dalam lauk mereka . jawapannya kari .

Rakyat Malaysia dan Kari Memang Tidak Boleh di Pisahkan !
gambar www.resepiumi.com
Setelah selesai bekerja, maka pulanglah kerumah dan makan malam. mungkin bukan setiap hari menu kari menjadi pilihan.tetapi akan ada satu atau dua hari kita akan makan kari yang sama. sama ada kari daging,ikan dan ayam .Secara keseluruhannya, rakyat malaysia sentiasa melalui hari-hari mereka dengan kari .

Sebab itu , ada pendapat dari ilmuan dan orang-orang yang terkenal dengan perpaduan. mereka mengatakan bahawa rakyat malaysia susah untuk di pisahkan kerana apa yang mereka makan adalah benda yang sama. jadi adakah makanan menjadi asbab peraduan dalam kalangan rakyat malaysia ? kita sendiri mampu menilainya .

Orang cakap, kalau dah gila dengan kari mesti apa sahaja makanan yang hendak di makan mesti di letakkan juga kari bersamanya . tetapi ada juga yang mengatakan orang yang makan kari ni ada tabiat yang luar biasa atau tabiat yang lain dari lain . Macam di tulis dalam sebuah blog lain mengenai tabiat luar biasa penggemar kari. agak-agak korang ada tak tabia-tabiat tu ?

Sememangnya kari ini sudah turun temurun. di tambah lagi dengan bercambahnya kedai-kedai restoran mamak yang banyak. maka pilihan kari juga makin banyak. kita hanya perlu membawa duit sahaja jika mahu makan. aku nak tanya jugak, apa pendapat korang bila makan kari ? kaum ibu, adakah resepi kari merupakan menu mudah untuk di sedia kan ? komen tau. :)

sekian ,


Previous Post Next Post