LELAKI INI DI SELAMATKAN KERANA SENYUMAN !


KEHEBATAN SENYUMAN I Hari-hari kita menjalani kehidupan, tetapi berapa ramai yang meletakkan hari-harinya satu slot atau satu fasa untuk di mulakan dengan senyuman. Ada yang mulakan harinya dengan wajah yang muram sehinggakan orang yang melihatnya juga turut rasa muram . Nampak tak, hanya kerana sebutir senyum mampu merubah diri dan juga masyarakat sekeliling .

Ben Barnes
gambar sekdar hiasan

Ada satu kisah , seorang pekerja sering senyum/ memberi ucapan salam dekat seorang guard di tempat kerja . Setiap hari , itu lah rutinnya sewaktu datang dan pulang dari pejabatnya . Satu hari, entah bagaimana dia terkunci dalam bilik sejuk di dalam pejabatnya. kebetulan juga kawan-kawannya sudah pulang ke rumah masing-masing.

Bilik tersebut semakin sejuk dan semakin sejuk, sehinggakan dia rasa tidak punya harapan lagi. Sehinggalah tiba-tiba, pintu bilik tersebut di buka oleh guard yang menjaga pejabat itu. lalu di tanya kepada guard itu, bagaimana kamu tahu aku ada di dalam bilik ini ? tanya lelaki terbabit .

Jawab guard itu, setiap hari kamu datang kepejabat , kamu akan senyum/mengucapkan salam. begitu juga ketika kamu mahu pulang. tetapi hari ini, aku dapati kamu tidak berbuat demikian. maka aku datang dan memriksa pejabat ini.

Nampak tak ? kehebatan berbuat baik kepada Masyarakat sekeliling. usah sombong, usah bongkak dengan title atau jawatan yang kita ada. itu hanya sementara. Mulakan hari anda dengan senyuman dan tutup juga dengan senyuman.

LELAKI INI DI SELAMATKAN KERANA SENYUMAN ! Tanamkan perasaan sangka baik dalam setiap kehidupan bermasyarakat , insyaallah kita akan tersenyum dan bahagia sehingga akhir hayat. Selamat Bekerja !

sekian.

baca juga : Jangan Tayang !


Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

JAMIL HASHIM JAMIL HASHIM May 11, 2016 at 10:20 AM
assalamualaikum.

singgah pagi

http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/may-11-2016-rabu.html

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)