HARI JUMAAT PERMULAAN CUTI MINGGUAN !

hari jumaat I Rasa macam kejap jer masa berlalu bila mana kita berjumpa kembali dengan hari jumaat untuk minggu ini setelah berjumpa dengannya pada minggu lepas . Kelihatan ramai yang sudah mula bercuti bagi negeri-negeri yang bercuti hari jumaat seperti kelantan dan Johor . Manakala negeri-negeri lain bakal menyusul cuti mereka bermula esok hari .

Hari jumaat juga merupakan penghulu segala hari , memberi gambaran kepada kita hari jumaat merupakan hari di mana bermulanya minggu baru bagi ummat Islam. Jika hendak di bandingkan dengan tarikh masihi, hari isnin di pilih sebagai permulaan bagi minggu baru setiap manusia .

hari jumaat

Hari jumaat juga dianggap sebagai hari raya bagi ummat Islam selain dari Hari Raya Aidilfitri dan aidiladha . Sepertinya hari jumaat ni, merupakan hari istimewa bagi ummat Islam berbanding hari-hari lain . kita sebagai ummat Islam jangan terlepas dari beribadah pada hari jumaat , semoga ibadah kita di terima Allah.

Keseronokkan hari jumaat di tambah jika hujung minggu ada cuti tambahan. macam minggu ni, ada hari wesak kan. walaupun ummat Islam tak menyambut perayaan tersebut, tetapi tetap dapat hari cuti. itulah keunikkan menjadi rakyat Malaysia . Bangsa dan agama lain menyambut perayaan, semua dapat cuti.

Isi cuti ini dengan sebaiknya dengan perancangan yang baik, agar cuti kali ni tak tersia-sia. ada yang nak pulun makan habis habisan sebab lagi2 minggu ramadhan akan berkunjung tiba. ada pula yang sedang bertungkus lumus untuk menghabiskan puasa ganti dan sebagainya . teruskan kehidupan anda mengikut apa yang di rancang. jangan abaikan kesihatan diri sudah . hehehe

ada pulak yang tengah siap sedia nak serbu kedai jual durian . sebab sekarang musim durian. hehe makanlah ,jangan overdose sudah. nanti darah tinggi pulakkan. peringatan,kalau nak pi solat jumaat  jangan makan durian dulu tau, makan selepas solat jumaat.takut menggangu orang lain solat nanti. kesian depa kena tahan bau durian. hehehe

buat kaum hawa, jangan shopping sakan ketika waktu solat jumaat. cukuplah sekadar ala kadar jer. takut terlebih belanja sehingga kan diri menjadi susah nanti. maklumlah gaji lambat lagi. hehe selamat berjumaat buat semua yang membaca. salam jumaat.

sekian.

p/s : 4 perkara yang di lakukan oleh kredit card dalam membantu bisnes anda . tengok dekat sini ( artikel dalam english )
Previous Post Next Post