MELAYU MAKIN HILANG ADAB !

MELAYU MAKIN LUPA ADAB I Hari ini aku rasa macam nak menulis mengenai adab. Aku bukan lah yang baling beradab dalam dunia ini, cuma terpanggil untuk menyampaikan rasa hati apabila aku melihat masyarakat melayu makin melupai adab .

MELAYU MAKIN HILANG ADAB !

Zaman sekarang, adab mungkin sudah tidak relevan bagi sesetengah pihak . bagi aku, adab masih relevan dan perlu di amalkan dan gandingkan dengan setiap pekerjaan dan kelakuan kita. Kalau tidak tidaklah jadi isu seperti menggunakan perkataan " awak " dengan orang yang lebih tua atau pun yang terbaru mengenai trend cium ketiak boyfriend .

Korang nampak tak, masyarakat melayu makin parah dalam bab adab. bila di terangkan bab adab,mulalah mereka berkata " kolot , zaman sekarang orang tak kisah dah " dan sebagainya . ya , ramai dah yang tidak kisah, itu tanda ramai juga yang telah meninggalkan adab yang baik untuk di amalkan.

Adab adalah bertujuan untuk membantu dan membimbing manusia untuk melakukan perkara yang baik sesama manusia . Kalau di tinggalkan adab, mungkin satu hari nanti budaya dan suasana yang baik akan berkurangan . Mungkin zaman anak-anak kita nanti , mereka akan memanggil kita dengan perkataan oii , kau dan aku .

Fikir-Fikirkanlah , anak muda pula, jangan terlalu mengejar perkara yang pelik untuk di lakukan semata-mata nak tarik perhatian . Buatlah sesuatu perkara yang berlandaskan adab dan syariat . Perkara yang syariat atau agama suruh , buatlah . Kalau kita nak lakukan perkara baru, letakkan benchmark atau KPI dalam kerja kita.
MELAYU MAKIN HILANG ADAB !

Kita tanya dahulu , apa yang aku buat ini Islam suruh ,Allah redha atau tidak ? . itulah yang kita nak kena tanya diri kita dahulu , kalau tidak macam-macam perkara pelik yang berlaku dan akhirnya boleh menyebabkan kita di landa Fitnah daripada masyarakat .

Gunakanlah Bahasa yang sesuai apabila kita berkomunikasi dengan insan-insan lain mengikut peringkat umur . Kita juga tidak ingin di perlaku atau di panggil wooi  dengan orang yang lebih mudah dari kita. Sebab di mana adab yang sepatutnya di letakkan.

Jangan sombong apabila di tegur dan jangan juga mudah melenting apa bila di tegur. Terimalah teguran dengan baik . Aku pun masih belajar mengenai perkara-perkara yang aku tulis hari ini. Semoga perkongsian yang kita buat ini mampu membantu masyarakat kita khususnya orang melayu yang makin melupai adab dan akhlak baik yang patut di amalkan.

Mohon Maaf atas teguran aku ni. kalau ada salah dan silap, tegurlah aku. :)

sekian .

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)