AKU TAK KEJAR POPULAR DI MEDIA SOSIAL !

MEDIA SOSIAL I Ramai sudah personaliti-personaliti yang terkenal di media sosial yang membawa imej Islam dan Menyampaikan Islam melalui ceramah dan pekerjaan mereka. Antara nama-nama besar di media sosial yang berjaya menarik ribuan manusia adalah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Abdullah Khairi, Heliza Helmi, Dr. Zakir Naik dan ramai lagi .

Kita juga ingin menyampaikan Islam dalam segala jenis penulisan sama ada di blog, atau pun di media sosial . Cumanya aku sendiri bimbang dengan diri aku . Kadang-kadang kita share Quote dan kata0kata atau pun apa yang terlintas di hati melalui media sosial , yang aku membimbangkan adalah takut ada yang mengatakan aku riak dan sombong, kejar like dan share semata.
AKU TAK KEJAR POPULAR DI MEDIA SOSIAL !

Kalau ada yang terlintas di hati anda yang mebaca ini , aku mohon maaf. Aku hanya kongsikan apa yang terlintas di hati aku dan otak aku. kadang-kadang aku tulis benda merapu , melawak dan sebagainya. kadang-kadang aku juga tulis benda serius dan agak kritikal bagi yang ingin memahaminya.

* tak la kritikal sangat, level budak-budak sekolah ja aku rasa .

Aku nak pembaca dan follower aku faham yang aku hanya berkongsi rasa dan apa yang terlintas. bukan nak tunjuk aku baik . Aku pun tak kisah korang nak share apa-apa pun dengan aku termasuklah di facebook dan media sosial yang lain. sebab itu hak korang. aku suka baca apa yang ada di wall aku .*jangan cakap aku ni iluminati lakk .

sebagai penutup entri yang penuh kasih sayang ni ( amboiiih ) , aku mohon maaf , kalau apa yang aku kongsikan itu menggangu korang di media sosial ini. kalau ada salah dan silap mohon ampun ya. Aku akan terus menulis sehingga aku tidak lagi mampu menulis.

Selamat makan tengah hari , senyum sikit ! korang boleh follow fb aku ya, scroll dekat bawah ni jerr ya.

sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)