MAKAN CHICKEN CHOP DALAM TALAM ! D'MADINAH CORNER,KULIM


TEMPAT MAKAN I Pastinya korang terkejut bila baca tajuk ni kan. Jangan terkejut lama-lama sangat , meh sini aku nak cerita. Baru-baru ini aku adalah pergi makan dekat satu tempat ni dekat area kulim dengan Family aku. Tempat ni mak aku suggest sebab mak aku ada baca dalam harian metro mengenai tempat ni . korang nak tahu tempat apa ?  Scroll bawah. hehe .Tempat makan yang bernama D'Nadinah Corner, Kulim . Aku pun tak pernah sampai tempat ni sebelum ni, jadi ini first time aku makan di sini . Tempat ni banyak menu western . Antara menu yang ada di sini adalah :

 D'MADINAH CORNER,KULIM


Antara Menu di D' Madinah Corner,Kulim

1. Chicken Chop
2.Lamb Chop.
3.Roti Bakar .
4. Minuman
5. dan lain-lain .

Masa aku pergi makan dekat sini, kami order set chicken chop yang di hidangkan dalam talam. Ye talam. dalam set ni ada banyak makanan western contohnya, Chicken Chop, Lamb Chop, Burger,Sosage,Fries dan juga black paper sauce . Dalam hidangan ni juga ada Coselow . Harga semua yang dalam talam tu RM 55 . Murahkan .kami makan 5 orang , tu pun tak habis. hehe



Aku pun tak try menu lain, just set yang di hidangkan dalam talam tu jer. Kalau korang nak makan dalam pinggan  pun boleh ada jer . cuma yang unik di sini adalah makan dalam talam. .Kalau minuman pulak aku order green tea dalam cawan kecil. harga RM 2. oh yaa, kalau korang order set talam tu, korang akan dapat sekali air , maksudnya Set tu termasuk sekali dengan air.

so dah jimat dah di situ. untuk korang yang nak cuba sendiri makanan di sini, korang boleh tengok alamat nya di bawah .

D' Madinah Corner 
Jalan Cengal 3/19, Taman Cengal Indah I, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia

Waktu operasi pulak jam 5.30 petang ! so, jangan mai waktu tengah hari yer. D'Madinah Corner ni banyak cawangan ada lagi dekatSg Petani,Kepala Batas. cumanya aku pergi dekat kulim ni. So aku review kedai ni je la kan. hehe. Selamat mencuba !
komen makanan : bagi aku biasa-biasa jer , Coselow dia sedap tapi ramai yang komen kedai ni best. . korang try sendiri la yer .
Selamat mencuba !
sekian.
Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

lokman amirul lokman amirul July 31, 2016 at 2:00 PM
Dekat sgat ngn kt umah...memang terbaik...malam full xdk tmpat kosong.

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)