KAHWIN BUKAN SYARATNYA KAYA !


KAHWIN I IBila sebut pasal kawin , pastinya orang bujang mesti ternanti-nanti siapalah bakal isteri atau suami mereka. Hensem ke ? pandai pujuk tak ? pandai masak tak ? itulah antara ciri-ciri pasangan yang orang selalu cari. Ada pula yang mencari pasangan yang kaya raya , sebabnya ingin mudah mencapai bahagia. ada juga yang tidak kisah pasal harta yang penting mereka setia.
KAHWIN BUKAN SYARATNYA KAYA !
Gambar sekadar hiasan


Nak kenal pasangan kita bukan mudah, bukan macam kita kenal Karakter pemandu kereta audi yang memandu kereta mewah . Nak kenal pasangan, perlukan masa dan komitmen.Aku teringat satu ayat yang pernah di cakap oleh ustazah fatimah Syarhah.

" Sepanjang kita berkawan dengan seseorang, kita hanya kenal lakonannya sahaja "

Bila aku dengar ayat ni, aku tersenyum . Betul kata-kata ustazah . Kalau kita dengan kawan yang berlainan jantina pun , kita cover-cover sikit perangai buruk kita kan. Kalau nak tahu perangai sebenar, kena tanya orang yang terdekat dengan dia baru tahu perkara sebenar.

Aku tertarik dengan tajuk Entri ini " Kawin bukan Syaratnya kaya ". Ada orang yang sudah cukup harta tapi bila di tanya bila nak kawin dan jawapannya belum bersedia . Ada orang yang nak kawin tapi bila di tanya bila nak kawin dan jawapannya belum punya harta.

Harta tak mampu beli kebahagian tetapi harta mampu membawa kepada kebahagiaan. Aku suka tengok orang bujang yang sudah mencapai apa yang dia nak sewaktu dia muda . Sebabnya ia umpama memberi inspirasi kepada orang bujang untuk berjaya.

Tetapi janganlah sampai meletakkan syarat jika nak kawin, mesti jadi kaya. walaupun realiti masyarakat kita macam tu. Hanya pandang menantu yang kaya sebabnya untuk memudahkan hidup si anak bila lepas berkahwin.

Kalau sudah berkemampuan, kahwin lah, jangan tunggu lama-lama .

sekian .

p/s : aku tak tau apa yang aku tulis pagi ni. hahaha panas wehh dok sini :(
Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)