ASAL USUL PERKATAAN " CHIA CHIA CHIA " !

CHIA CHIA CHIA I Entri kali ini mungkin pelik sikit , memandangkan ia sudah menjadi trend terkini di media sosial . aku pun tulis lah entri ini berdasarkan pemerhatian aku ya . Korang perasan tak bila ada yang komen atau update status  dengan perkataan " chia chia chia " .

Pada mulanya aku pun tak tahu, tapi bila aku menonton Sepahtu Reunion , baru aku tau sebab apa. rupanya " Chia chia chia " tu adalah treadmark untuk kumpulan sepahtu bila mereka berlaku dalam sepahtu reunion. 

Lagi satu " chia chia chia " ni umpama pelengkap bagi satu-satu lawak atau pickupline yang mereka lakukan . kalau korang tak percaya korang boleh tengok vidoe-video di Page Sinar Fm time sepahtu On air . dari situ korang akan faham .
Asal usul perkataan chia chia chia

Nampak macam simple ja kan tapi dah jadi viral pulak dah sekarang ni . semua benda nak " chia chia chia " haha kalau buat dekat orang yang dah faham tak pe la.kalau bua dekat aku, hahaha maknanya krik krik krik krik la jawabnya .

Walaupun Sepahtu dah tak masuk Maharaja Lawak Mega tetapi sumbangan mereka dalam memeriahkan industri lawak ini datu yang perlu di puji , Adakah Sepahtu setanding pelawak legend seperti Senario ?

bagi aku tidak . sebabnya , Senario hidup ketika masyarakat tak suka pada pelawak . Senariolah yang menghidupkan kembali pelawak-pelawak yang senyap sepi . Ahli senariolah yang memperoleh Anugerah Bintang Popular yang pertama dari Bidang Pelawak . SIapa kah dia ?  Dialah Saiful Apek ! kemudian lepas tu barulah muncul pelawak-pelawak lain .

nak bandingkan mereka dengan senario sudah pasti tidak sama . Chia chia chia. hahaha orait itu sahaja coretan aku kali ini. chia chia chia. oh ya, mula-mula aku ingat perkataan chia chia chia ni adalah untuk macai- macai macai. tapi bunyi dia kelaut sikit. haha lepas tu aku insaf dan kembali ke pangkal jalan. hahaha



sekian.

Previous Post Next Post