ORANG BERJAYA SELALU ABAIKAN TEGURAN !


TIPS BERJAYA I Menjadi orang yang berjaya merupakan impian setiap manusia. Dari bangku sekolah lagi kita didik untuk tanam dalam fikiran untuk menjadi orang yang berjaya. Dan tidak ada seorang pun yang mahu menjadi orang yang gagal dalam hidupnya .

Dalam laluan untuk berjaya, kita tidak boleh menafikan teguran dan nasihat orang terhadap kita. Namun ada kala nasihat yang di berikan tidak ada kena mengena dengan kita pun. tetapi ia tetap sampai ke telinga kita .
orang pandai yang berjaya

Orang ramai hanya memberi nasihat atas apa yang mereka nampak pada kita. Bukannya berdasarkan apa yang kita sudah buat dan lalui . Jarang sekali orang beri nasihat mengenai perjalanan hidup kita. tetapi yang memberi nasihat kepada hasil yang kita lakukan amatlah ramai .

Contohnya , kita belajar rajin-rajin untuk berjaya . Orang akan tegur bila kita berjaya . Orang akan nampak kita dan mula mencari kesalahan kita walaupun kecil . tetapi semasa kita berusaha untuk berjaya, siapa sahaja yang bersama kita dalam perjalanan tersebut.

Ya, ada yang bersama kita. sudah pasti keluarga terdekat kita. Orang yang membenci kita akan tetap membenci kita. mana mungkin dia akan menolong kita. bila kita berjaya, dia punya idea lain untuk menjatuhkan kita. bila kita sudah jatuh, ia juga ada idea lain untuk melenyapkan kita.
orang pandai yang berjaya

Itula lumrah manusia, kita nak halang pun tak boleh. bila kita cakap nak halang sekian-sekian . orang akan cakap, lebih baik ko duduk dalam hutan kalau tak mau terima kritikan dan sebagainya. Tetapi percaya lah kepada diri kita dan apa yang kita telah usahakan.

sebab itu aku cakap, orang yang berjaya selalu abaikan teguran orang terhadap dia. Dia menjadi seorang yang selektif atau memilih komen dan teguran. tak salah berbuat demikian. kita je yang tahu macam mana nak kuatkan semangat kita dan nak menjatuhkan semangat kita.

agak-agak ada tak orang yang nak menjatuh kan kita ? korang ada tak ? jom kongsikan.tak yah mention nama pun tkpa. just nak tau apa yang dia buat. aku mohon maaf atas entri ini jika tidak bermanfaat.

sekian. :)


Previous Post Next Post