NAK DERMA UNTUK RAKYAT DALAM NEGARA ATAU LUAR NEGARA ? MANA SATU PATUT AKU PILIH !


DERMA DUIT I Satu lgi isu yang aku ingin bawakan kali ini mengenai derma atau sumbangan . Ini hanya pandangan peribadi aku sahaja . segala pendapat mengenai tajuk ini boleh kongsikan di ruangan koemn ya . baik , seperti semua sedia maklum, dalam Islam kita di ajar untuk sama-sama membantu antara satu sama lain. tidak kira orang yang di bantu itu orang islam mahupun belum islam .

Dewasa ini juga, kita tengok ramai agensi-agensi yang melakukan atau meminta bantuan untuk sahabat-sahabat kita di negara luar contohnya di Kemboja , Vietnam dan lain-lain . Tetapi pada masa yang sama ,rakyat di Malaysia sendiri perlukan bantuan-bantuan tersebut.

DERMA UNTUK RAKYAT

Persoalan sekali lagi timbul, Aku nak derma dekat mana ? yang membantu saudara aku di luar negara atau pun di dalam negara. keputusan di tangan anda, pilihan juga di tangan anda. bagi aku, kita sepatutnya mendahulukan sahabat-sahabat kita dalam Negara yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana , mereka lebih dekat dengan kita .

Yang kedua , kita sebagai ummat Islam perlu membantu menaikkan ekonomi ummat Islam di negara kita agar kita mampu untuk membantu sahabat-sahabat kita di negara luar. Baik, mungkin ada yang membantah pendapat aku ini dengan mengatakan , di Malaysia kita ada bantuan-bantuan dari kerajaan dan badan-badan kewangan kita seperti Pusat Urus Zakat dan sebagainya. Jadi tak perlu kita tolong mereka ni.

Cuba kita perhatikan, walaupun mereka dapat bantuan dari kerajaan dan sebagainya, mereka yang susah masih susah dan tidak ada perubahan dalam hidup mereka. maka tanggungjawab kita untuk membantu mereka.Mungkin ada yang bertanya, mungkin pahala lebih banyak jika kita bantu orang yang betul-betul susah dari kita tolong orang yang susah. Urusan pahala kita serahkan kepada tuhan, kadang-kadang kita derma atau beri sumbangan tetapi riak, tak guna jugak kan.

DERMA UNTUK RAKYAT

Sebagai konklusi umum, bagi aku, sebagai rakyat malaysia, kita kena tolong sahabat-sahabat kita di dalam negara dahulu baru kita bantu sahabat-sahabat kita di luar negara . isu ini berbeza dengan derma ke atas sahabat-sahabat kita di palestin. kita kena tolong mereka untuk membebaskan tanah suci ummat Islam. jadi dana untuk mereka perlu di salurkan dengan sbaiknya.

Persoalan mengenai nak bantu sapa ini sebenarnya adalah bergantung kepada diri masing-masing. kalau kita rasa perlu bantu, kita bantu. aku tak cakap kalau korang buat selain dari pendapat aku itu salah. dan pendapat aku sahaja betul. aku tak pernah cakap macam itu. aku hanya bagi tahu pendapat aku berdasarkan ilmu yang sedikit aku belajar dari ustaz-ustaz dan guru-guru aku.

semoga bermanfaat, hidup ini untuk memberi .

sekian. :)




Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)