KERANA CURI SARDIN, SEORANG LELAKI DI PENJARA

KERANA CURI SARDIN, SEORANG LELAKI DI PENJARA | Seperti yang di laporkan oleh Harian Metro, Seorang lelaki berbangsa China telah di jatuhkan hukuman penjara selama 7 hari kerana Mencuri 6 Tin Sardin.Lelaki itu berkata dia mencuri 6 tin sardin itu untuk cucu-cucu kepada seorang lelaki tua yang juga merupakan pemilik rumahnya. Beliau juga kini sedang menanggung kedua ibu bapanya.

kerana sardin,lelaki di penjara
gambar google sekdar hiasan
Lelaki tersebut meminta untuk mengurangkan hukuman yang dijatuhkan kepadanya. Mahkamah pula menjatuhkan hukuman kepada lelaki terbabit atas alasan ini bukan kesalahan pertamanya. Sebelum ini dia telah melakukan 11 kesalahan dan antaranya adalah mencuri kereta, dadah dan sebagainya .

Baca Berita HARIAN METRO : PENJARA KERANA CURI SARDIN

Pengajaran dari Berita yang di laporkan :

Masih ada yang susah di luar sana yang memerlukan bantuan kita. Mencuri bukan alasan untuk hidup mewah. Tapi ingatlah pemimpin-pemimpin di atas, rakyat memerlukan  anda di saat ini.bukan hanya ketika pilihanraya sahaja.

ambil contoh terdekat. PRN Sarawak yang akan menyusul pada Mac nanti . Jentera pilihanraya sudah bergerak di Sarawak.Maka pelbagai janji di tabur . aku dah muak dengar nak bangunkan kawasan yang tengah pilihan raya tu jika menang. aku yakin rakyat dah tak percaya semua tu. Cuma tolonglah, Kami tak minta kekayaan menggunung untuk kami, cukuplah dengan keluarkan kami dari kesusahan.

Ambillah ibrah kehebatan pemerintahan khalifah umar abdul aziz dalam memerintah Rakyatnya. sehinggakan tidak ada orang miskin lagi di dalam negara beliau. Islam tidak Zalim. Islam agama sejahtera, dia tak kan menyusahkan penganutnya dan siapa yang bersama dengannya.

fikir-fikirkanlah. aku tahu ada yang risau kalau baca bab hukum hudud terutamanya bagi non muslim. jangan risau hukum hudud ni bukan hukum yang manusia buat. ia datang dari tuhan. Allah tak akan menyusahkan semua hamba-hambanya.

semoga rakyat Malaysia terus bersemangat dan berusaha membantu bagi yang memerlukan.

sekian.
Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)