FAHAM SEJARAH MALAYSIA , MAKA KITA AKAN NAMPAK MALAYSIA DI MASA HADAPAN


SEJARAH MALAYSIA I Mungkin kali ini aku banyak berbicara mengenai hal-hal biasa.biarlah kali ini pula aku berbicara mengenai kefahaman kita terhadap sejarah sesebuah negara. Aku ni bukanlah orang yang pandai sangat bab sejarah tetapi aku suka sejarah.Sejarah akan nampak seronok bila ia berulang kembali .

Aku ambil contoh terkini , Tun Mahathir umum keluar umno . Jika kita faham dan ikuti sejarah, kita akan ingat bahawa tindakan Tun ini bukanlah perkara baru, malah ia merupakan salah satu perkara yang sudah di jangka akan berlaku .

SEJARAH MALAYSIA\

Pada tahun 2008 Tun keluar Umno kerana hilang kepercayaan kepada Pak Lah, dan kini Tun keluar Umno kerana tanda Protes terhadap Najib Razak . Macam aku cakap tadi, ia semakin menarik bila ia merupakan satu sejarah yang berulang kembali .

Dia macam, tengok astro yang dok ulang cerita banyak kali tu. hahaha . Dan tidak mustahil Tun Mahathir akan masuk UMNO balik kalau Najib Razak umum letak jawatan sebagai perdana Menteri .Apa yang aku nak kita semua faham , dalam politik ini  kita ada pelakon dan scene-scene tertentu . ia pasti akan berulang , mungkin skripnya berbeza dan pelakonnya berzea. ada kemungkinan skripnya sahaja berbeza tetapi pelakonnya sama.

begitu juga kita dalam memahami sejarah Malaysia , kalau kita ikut satu persatu , pasti kita tidak melenting  jika sesuatu isu berlaku. Kita tolak isu berkaitan kezaliman pemerintah yang menindas rakyat . Dan tak mustahil akan ada satu zaman di masa hadapan, malaysia akan jadi seperti mana malaysia sekarang ini .

Mungkin korang tak faham apa yang aku nak sampaikan, cuma aku nak minta kita faham isu-isu yang berlegar dalam negara kita ni, kita ambil cakna dan jangan ketinggalan sebab satu hari nanti akan ada yang memutar belitkan fakta . Jika kita tak tahu, kita lah yang tertipu , jika kita tahu mereka yang memutar belitkan Fakta pulak yang tertipu .

semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan benci politik kerana politik ada dalam islam, Rasulullah juga berpolitik, Baginda pemimpin Kota Madinah dan Meekah. Baginda pemimpin mulia yang tiada gantinya .

maka contohi lah baginda S.A.W.

Sekian .

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)