DEBAT TERBUKA TOKOH AGAMA TIDAK MEMBERI FAEDAH KEPADA MASYARAKAT !


Kesan debat terbuka


DEBAT TERBUKA I Heboh di Media sosial dan media cetak mengenai debat dua tokoh agama negara kita yang akan berlangsung pada 17 Febuari ini. Pada mulanya debat ini akan di lakukan secara terbuka dan dengan permintaan satu pihak untuk di lakukan siaran Langsung .

Menurut Laporan hari ini , Tarikh di pinda kepada 17 feb dan terhad kepada jemputan sahaja .  baik, selesai bab debat dua tokoh tersebut. Aku cuma ingin menyatakan pendapat aku mengenai debat terbuka yang di anjurkan oleh mana-mana tokoh agama di malaysia. ingat hujah aku hanya bersifat umum dan tidak tertumpu kepada sesetengah pihak.

Aku secara jujurnya menolak Debat Terbuka dengan beberapa alasan berdasarkan pemerhatian peribadi aku . Aku lihat rakyat malaysia masih dalam proses pembelajaran dan mempelajari ilmu agama masih di peringkat awal. Sebab utama aku menolak debat terbuka ini adalah untuk mengelak sebarang kekeliruan kepada penuntut ilmu Islam yang baru mula belajar.

Kesan debat terbuka

Yang kedua, Debat terbuka mampu untuk memecah Belahkan Masyarakat. Dan ini sudah berlaku . jika korang perasan di media sosial sudah ada dua pihak yang menyokong dan membenci dua tokoh agama yang akan berdebat tak lama lagi . Yang menyokong bagi tidak ada masalah, cuma yang membenci itu yang masalah.  Rata-rata penyokong lebih gemar untuk melihat guru mereka menang dalam debat daripada memahami ilmu  yang di sampaikan.

Betul, debat mampu untuk memberi ilmu kepada para pendengar. cumanya berapa ramai sangat rakyat malaysia mampu menilai sebuah debat sebagai salah satu cabang ilmu ? cuba fikir balik. andai orang yang di atas pagar dalam bab ilmu agama, mereka pastinya akan mudah di pengaruhi mahupun mereka sendiri tidak mampu menilai yang mana satu patut mereka ikut.

sedarlah, rakyat malaysia masih dalam proses islamisasi. aku bangga dengan perubahan yang di lakukan oleh rakyat malaysia terhadap ilmu dan islam. semakin lama semakin banyak yang sudah faham apa itu islam dan cuba mengamalkannya. tapi masih ramai yang masih belajar mengenai islam. nak membuat perbezaan mazhab yang empat pun rakyat malaysia masih dalam keadaan susah nak menerima. tambah-tambah isu yang berat.


aku bimbang kesan dari debat terbuka akan menyebabkan rakyat berpecah belah, masyarakat makin keliru dengan ilmu islam. Andai debat terbuka itu jalan yang terbaik, maka fikirkanlah faktor-faktor yang aku tulis ini. dalam debat kita bukan nak cari sapa menang sapa kalah. kita nak masyarakat faham ilmu islam tersebut.

Aku cadangkan agar debat tokoh agama di buat secara damai dan harmoni dan secara tertutup. aku yakin tokoh-tokoh agama lebih mengenal adab dalam berhujah dan adab menerima hujah yang berbeza tetapi mempunyai dalil. aku bukanlah ustaz, cuma aku ingin melihat masyarakat malaysia hidup dalam keadaan faham ilmu agama. yang pasti ilmu dan pendpata yng banyak dalam islam ,tidaklah untuk membebankan penganutnya, ia untuk memudahkan penganutnya.

semoga kita semua mengerti. aku minta maaf kalau ayat aku ni berbelit-belit. aku sendiri tak tahu nak guna istillah apa yng sesuai dalam penulisan aku kali ini. tapi pokok pangkalnya jika di tanya mengenai debat terbuka bagi tokoh agama, JAWAPAN AKU ADALAH TIDAK BOLEH . sebarang komen dan muhasabah boleh komen di bawah ya.

sekian.


Previous Post Next Post