VIRAL ! 3 CARA BERJIMAT SEMPENA TAHUN 2016 YANG MENCABAR !


TIPS BERJIMAT 2016 I 2016 merupakan tahun mencabar bagi rakyat Malaysia. Sesetengah ahli perniagaan meramalkan kegawatan ekonomi akan berlaku di Malaysia . Baru-baru ini juga Perdana Menteri telah mengumumkan Pengubahsuaian Bajet 2016 yang pernah di bentangnya pada tahun 2015 . Ini menunjukkan ekonomi negara mengalami masalah pada suku pertama tahun 2016 .

Sebagai Rakyat pula kita, tidak lari dari menghadapi masalah kewangan di samping harga barang yang kian meningkat dan tidak terkawal. Teknik Penjimatan yang betul amatlah penting dalam memastikan keperluan kita di penuhi dan di samping kita dapat membantu rakan-rakan yang memerlukan .

Untuk kali ini, aku ingin berkongsi mengenai 3 Cara berjimat Sempena tahun 2016 ini .Aku tahu pelbagai cara yang telah korang buat. anggaplah ini perkongsian aku semata-mata. Kalau ada yang tak pernahbuat, korang boleh cuba buat dalam kehidupan korang.


TIPS BERJIMAT ADALAH :

1. Rancang Perbelanjaan

Perancangan kewangan amat perlu dalam memastikan wang kita tidak di gunakan ke arah yang tidak betul. Perancangan kewangan perlu di bahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya , Perkara yang perlu bayar segera (hutang , sewa ) dan Perkara yang boleh di tunda. Ini dapat membantu korang dalam menentukan tarikh bayar atau tarikh menggunakan wang tersebut.

2. Beli yang Mana Perlu .

Beli Yang mana perlu bermaksud menggunakan duit untuk perkara keperluan sahaja. Tidak boleh menggunakan duit untuk perkara-perkara yang hanya untuk memuaskan nafsu membeli sahaja.

3. Bezakan kehendak dan keperluan .

Dan yang terakhir merupakan perkara yang penting iaitu membezakan kehendak dan keperluan dalam kehidupan kita. Utama kan keperluan berbanding kehendak. Ingat, kehendak boleh di realisasikan bila-bila masa setelah segala keperluan telah selesai di uruskan.

Aku harap 3 tips ringkas ini dapat membantu korang dalam membuat perancangan kewangan korang sepanjang tahun 2016. Buat perancangan tahunan dan bulanan, supaya korang dapat tengok belanjawan yang korang perlu cari dan perlu ada sepanjang tahun dan bulan. Maaf atas kekurangan.

sekian.

Baca juga : 6 Tips berjimat cermat paling Bijak sempena tahun 2016 !


Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)