[ TEMPAT MAKAN ] KEDAI NASI BERIYANI TERBAIK DI PULAU PINANG !


TEMPAT MAKAN DI PULAU PINANG I Bila sebut Pulau Pinang, mesti yang terlintas di fikiran anda dan aku adalah tempat makan yang banyak di Pulau Pinang. Nasi Kandar merupakan menu wajib di cuba jika berada di Pulau Pinang . Memandangkan aku anak pulau pinang. aku nak kongsikan satu tempat yang selalu family aku beli nasi Beriyani .

Nasi Beriyani restoran hameediyah penang
gambar themalaysianinsider.com
Lokasinya di Hameediyah Restoran !  Kedai ini sudah lama beroperasi dari zaman datuk aku lagi.mana tak nya,restoran ini di buka pada tahun 1907 dan masih kekal sehingga ke hari ini.hebatkan.

restoran ini kira macam the best Nasi Beriyani resotran in Penang la ,orang kata. dan tak di nafikan, keenakkannya. selalu kalau beli nasi beriyani di kedai-kedai lain, aku akan rasa ada kurang pada rasa nasi beriyani tu.tetapi kalau korang makan dekat kedai Hameediyah ni, korang tak akan  kecewa.

Dekat sini juga ada Murtabak yang sedap untuk di cuba .dan menu yang paling popular adalah nasi beriyani.aku nak cerita macam mana rasa dia pun aku tak tau. sebab memang korang kena rasa sendiri.yang aku boleh cakap,kalau mai penang tapi tak pekena nasi beriyani restoran hameediyah ni memang rugi.

Nasi Beriyani restoran hameediyah penang
gambar sumber : mforum.cari.com.my
Alamat restoran hameediyah penang :

Hameediyah Restaurant, 164, Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia


      

Yang pasti korang kena pi sendiri dan rasa, aku hanya komen berdasarkan apa yang aku rasa.memang taste aku suka makan nasi beriyani restoran hameediyah ni. mungkin sebab dari kecil kot aku memang lepak sini kalau nak makan nasi beriyani.memang tak sama dengan tempat lain ,walaupun cawangan kedai ni.

menarik bukan. untuk yang berada di lembah klang , aku kongsikan dekat korang 10 Restoran Nasi Beriyani terbaik di lembah klang . korang yang nak mencuba boleh klik ( link ini ). aku pun baru tau tempat-tempat tu. jadi aku kongsikan dengan korang.**untuk orang islam , korang pilih kedai orang islam ya ! . :)

selamat mencuba !

sekian.



Jom like Page admin untuk info menarik !

4 comments.. read them below or add one

Lisa Nurulain Lisa Nurulain January 22, 2016 at 4:36 PM
uik.. ambek gmbr dr atas.. panjat2 ke.. hehee. Lisa tk makan nasi beriyani.. takleh nak rasaaa
Slime Fish Slime Fish January 23, 2016 at 12:40 AM
nampaknya macam tersorok jer restorannya...tapi oleh kerana popular kat ceruk mana pun orang cari gak....
ubai ismail ubai ismail January 24, 2016 at 9:31 AM
kedai ni dekat town , cumanya dia teselit dekat campblee street . :)

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)