KISAH MARYAM BONDA NABI ISA DALAM ALQURAN !


[ Surah Maryam ayat 16 - 26 ]


Kisah Saidatina Maryam di rakamkan oleh Allah di dalam al-quran dalam surah maryam ayat 16 . Satu penghormatan kepada Maryam apabila di pilih menjadi ibu kepada seorang Nabi yang bernama Isa alaihissalam.

Kisah Maryam bermula sewaktu dia di lahirkan oleh ibunya. ibunya bernazar untuk memberikan dia kepa pak ciknya untuk di jaga dan di pelihara. pak cik nya juga seorang Nabi iaitu Nabi Zakaria. Kisah bermula apabila malaikat di utuskan oleh Allah untuk bertemu dengan Maryam . Maryam bimbang dengan kehadiran lelaki yang menemuinya.
kisah maryam dalam al-quran


Malaikat menyerupai seorang lelaki lalu berkata kepada maryam , kamu akan mengandungkan seorang bayi lelaki. Maryam bingung.mana mungkin dia mengandungkan seorang bayi sedangkan dia tidak pernah di sentuh oleh mana-mana lelaki. dia seorang ahli ibadah yang kuat.

Lalu

 Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

maka kemudian maryampun mengandung , dan ketika dia hendak melahirkan anak tersebut dia berkata .

alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang 
lalu terdengar satu suara yang mengatakan ,

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".
kisah maryam dalam al-quran

Kemudian maryam pulang ke kampungnya,orang ramai mengutuknya kerana bayi tersebut. orang ramai bertanya siapa bayi yang di bawa bersamanya. Maryam senyap dan membisu.dia hanya menunjuk ke arah bayinya itu.

Kemudian bayi itu menjawab :

Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. 

Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".

Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

Subhanallah, maha suci allah menciptakan manusia dan hambanya dengan sebaik-baik ciptaan. kisah maryam ini menjadi iktibar kepada kita yang mana Allah mampu buat sesuatu yang lain dari adat manusia.Sebab dia tuhan.

moga kisah maryam ini di ambil iktibar dalam hidup. aku petik kisah ini dari ayt alquran surah Maryan ayat 16 sehingga 34. korang boleh rujuk dalam Al-quran direct ya. moga bermanfaat.

sekian.
Previous Post Next Post