5 SYARAT UNTUK IBU YANG NAK UPLOAD GAMBAR BF ANAK DI MEDIA SOSIAL !


BF I Kalau ramai yang mengikuti isu yang dibawakan oleh Amran Fans di pagenya . Pasti ramai yang menyokong apa yang di bawa oleh amran. cumanya aku hanya nak bawa isi yang di nyatakan amran. aku tak nak terbawa bahasa yang amran guna dalam postnya. aku tau bukan semua suka kan.

Bagi ibu yang menyusukan anak mereka, aku nasihatkan jangan upload gambar anda ketika menyusukan anak . Kerana beberapa sebab . antaranya akan timbul fitnah, kedua menyinggung perasaan ibu-ibu yang tidak mempunyai anak . 


aku  faham, korang hanya nak mengkongsikan kebahagian korang dengan kawan-kawan lain. tapi lebih baik kita simpan perkara-perkara yang bersifat peribadi ini hanya untuk kita dan family sahaja.dalam bahasa mudah dengan orang yang mahram ( orang yang haram kita berkahwin ) sahaja.


Kakak-kakakku , Allah cipta perempuan ni unik dan cantik,segala perbuatan kalian orang akan tengok dan nilai.sebab itu aku cakap di awal tadi, ia mudah akan membawa kepada fitnah. lagi satu, lebih baik kita jaga nama baik suami kita. bila sudah berkahwin, kalian tidak bawa nama korang semata, tetapi kalian akan juga bawa nama suami korang. 

Baik, aku tak nak berleter panjang walaupun ada lagi yang aku nak bagi tau korang. Cumanya aku mohon rujuk suami dahulu sebelum buat apa-apa. Para suami pula kena ada ilmu agama supaya dapat  membimbing isteri dengan perkara yang Allah redha.

Sekali lagi aku cakap, aku hanya ulas isu upload gambar tengah BF di Media Sosial. aku TAK SENTUH LANGSUNG PASAL BF ! moga faham. Mari aku kongsikan 5 Syarat untuk Seorang ibu mengupload gambar BF di Media Sosial ! .

5 Syarat untuk Seorang ibu mengupload gambar BF di Media Sosial ! .
1.DAPAT IZIN SUAMI
2. PERCAYA YANG KAWAN-KAWAN DI FACEBOOK,INSTAGRAM, TWITTER TAK AKAN SHARE GAMBAR TERSEBUT KE TEMPAT-TEMPAT LAIN. DAN MEMANIPULASIKAN GAMBAR ANDA .
3. SET KAN STATUS HANYA UNTUK KAWAN-KAWAN SAHAJA, JANGAN PUBLIC KAN.
4.  .PASTIKAN FRIENDS FACEBOOK/INSTAGRAM,TWITTER HANYA PEREMPUAN SAHAJA !
5. ELAKKAN DARI FITNAH

Syarat-syarat ini bukan lengkap satu dah cukup TETAPI LENGKAP SEMUANYA ! kalau korang boleh lengkapkan syarat tu semuanya, aku rasa tak ada masalah untuk korang upload gambar. TAPI nasihat aku, TAK PAYAH LAH upload gambar tengah BF di media sosial. tak bermanfaat pun. keutamaan seorang perempuan menjaga kehormatannya. dan bagi orang hormat pada dia. bukan sebaliknya.Rujuk para ustazah untuk sebarang maklumat lanjut.

updated : JAWAPAN PU RAHMAT UNTUK ISU UPLOAD GAMBAR MENYUSUKAN ANAK DI MEDIA SOSIAL 


aku mohon maaf atas teguran yang banyak ini. sekadar penambah baikan dari segi amal kita. semoga entri kali ini bermanfaat. aku ulang kembali pendirian aku " JANGAN UPLOAD GAMBAR BF DI MEDIA SOSIAL ! "

sekian.

p/s : aku teringat hadis nabi, seorang isteri itu boleh masuk syurga melalui pintu mana yang dia suka jika dia menjaga 4 perkara, taat kepada perintah Allah, Rasul dan suami. dan menjaga kehormatannya .

renung-renungkan lah.

aku harap, tak ada yang salah tafsir entri aku yang ini ya. kalau tak faham komen dekat bawah ya. nanti aku jawab.aku cadangkan tanya ustaz atau ustazah dahulu ya untuk menjawab isu ini. aku bukan ustaz, aku hanya kongsikan pendapat. sekian.
Jom like Page admin untuk info menarik !

2 comments.. read them below or add one

ros nordin ros nordin January 11, 2016 at 12:57 AM
Baca juga isu ni kat AF...malu salah satu tanda iman. syarat2 tak perlu kot tak tahu lah kalau syarat 1 ada suami boleh nak bagi izin pula.. hehe. pendirian yang betul tu Ubai, JANGAN UPLOAD . sebenarnya bukan sekadar pendirian tapi tanda kefahaman berkaitan malu dan iman secara tak lansung agama.
Misya (Aimi Syahirah) Misya (Aimi Syahirah) January 11, 2016 at 8:50 AM
Setuju sgt.. Saya yang wanita ni pun rasa malu dan segan bila melihat perbuatan mereka. Jaga maruah suami bkn hanya patuh pada cakap suami di rumah saja tapi dalam segala segi. -_-

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)