SINOPSIS DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER

Drama CINTA si wedding planner
gambar sumber twitter akasia
** update :
Drama baru yang akan mula di tayangkan pada 30 disember 2015 iaitu hari ini, di saluran tv3 . Drama ini menggantikan drama Akulah Balqis . Semalam berakhir sudah episod akhir akulah balqis yang menjadi trending di twitter . Sesuatu pencapaian yang hebat buat drama tersebut. Sekarang Drama beralih kepada Cinta Si Wedding Planner . jangan lupa tonton di tv3  !

DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER .


TAJUK : CINTA SI WEDDING PLANNER
EPISOD : 28 EPISOD
Tarikh Tayangan : Awal 2016.
Pelakon : Adi Putra, Mira Filzah



SINOPSIS DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER .

Kisahnya bermula apabila Zara iaitu si wedding planner. mempunyai perasaan terhadap sepupunya Bazli. Mereka merancang untuk berkahwin. Namun kerana satu insiden yang berlaku menyebabkan perkahwinan itu tidak berlaku.

Nasib Zara berubah apabila berjumpa dengan seorang pelanggannya iaitu Puan Marina. Beliau mengambil Zara sebagai anak angkatnya kerana Zara tinggal seorang diri .Kemudian, Pertemuan dengan Fariz di tempat letak kereta ,ternyata mengubah lagi kehidupannya.

Pelakon drama Cinta si wedding planner
Fariz sudah tidak mempercayai cinta.Dia pernah di khianati oleh seorang wanita. tetapi pertemuan dengan Zara , mengembalikan perasaan yang lama telah hilang. Akhirnya, Fariz dapat tahu yang zahra sering di gangu oleh Bazli, sepupu yang dia nak kawin tetapi tidak jadi.

Mengetahui perkara itu,Fariz mengambil keputusan untuk mengahwini Zara. Fariz yang juga merupakan anak kepada Puan Marina akhirnya melangsungkan perkahwinannya denga Zara. Selepas Berkahwin , Fariz Berubah . Dia menjadi panas baran .Sehingga itu, bekas kekasih Fariz muncul kembali dalam hidup mereka.

Rumah tangga mereka kembali di gugat. Apa yang berlaku kepada Zara ? Zara minta cerai kerana tidak tahan lagi ? jawapannya ada pada tayangan drama ini nanti. jangan lupa tonton drama ini ya !
SINOPSIS DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER !

sekian.


Previous Post Next Post