KEK COKLAT PIZZA HUT I SEDAP WEEHH


KEK COKLAT I Bila sebut pasal kek coklat, mesti ramai yang histeria sebab meminati kek coklat. betul tak ? macam aku, aku suka kek coklat tapi takla sampai nak jadi histeria ke apa kan. hehehe . cumanya kali ini aku nak kongsikan rasa kek coklat pizza hut yang bagi sedap dan lembut isi nya .


Kalau korang pergi ke Pizza Hut, ada satu set yang menawarkan kek coklat untuk korang. iaitu Triple Box .Dalam Triple box ini ada 2 pizza size medium dengan kek coklat tersebut. Bagi aku Pizza tu macam biasa la kan, pizza hut tk mengecewakan .

Yang aku nak highlightkan adalah kek coklat itu. ohh, gambar bawah ni adalah gambar kek coklat yang aku maksudkan tu . nampak sedapkan. hehehe sebab sedap dan just nice. tambah pula, kek dia tak keras. selalu kalau beli kek dekat luar , selalunya akan rasa keras, mungkin sebab over heated ke dan sebagainya. tapi ini lain sikit. hehe


Dan Triple Box ini sesuai untuk makan ramai-ramai ketika musim cuti ni. Satu sebab banyak dan murah. cuma pizza size medium, mungkin tak cukup bagi keluarga yang besar kan. tambah-tambah yang suka makan banyak. haha takpa, makan banyak tu untuk energy badan. hehe

oklah, aku rasa setakat tu dulu kot, komen aku pasal kek coklat pizza hut, so, sekarang terpulang kepada korang untuk mencubanya atau tidak .huhu

sekian.







Jom like Page admin untuk info menarik !

3 comments.. read them below or add one

Sheila Adziz Sheila Adziz December 12, 2015 at 6:09 PM
sedap yer... akk belum try lagi ni... duk tgk iklan jer.... hasihhh mencabar... hehe

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)