JUARA PARODI I MAKIN HILANG SERI

juara parodiJUARA PARODI I Pada mula-mula tayangan rancangan realiti ini, aku mempersoalkan mengapa perlu kita tukar lirik lagu sampai hilang seni lagu itu ? Jawapannya terjawab bila ia di katakan Parodi semata-mata. kalau kita buat cover, maka kita akan pakai lirik asal lagu itu.


Baik, selesai bab itu. persoalan timbul lagi, sejau hmana juara parodi mampu menjadi buah mulut rakyat malaysia.aku tahu rakyat malaysia ini suka kepada musik dan seanggkatannya.apabila ada pertandingan menyanyi, di situlah akan ada rakyat malaysia yang menyertai.

Aku nampak sekarang ini, juara parodi mula hilang seri . ini pendapat aku sahaja ya . Apabila arwah pak yus meninggalkan kita, ternyata peminat-peminat sudah kurang menonton juara parodi. apakah sebabnya? peminat-peminat pak yus masih dalam keadaan sedih .

aku tak kisah kalau , nak teruskan pertandingan . kerana itu lah yang di rancang. andai kematian menjemput, kehidupan di dunia ini perlu di teruskan oleh sahabat handai dan keluarga. betul tak ?

aku rasa ini mungkin perasaan aku sahaja kot. dua minggu kebelakangan ini, kelihatan seperti juara parodi terarah kepada kobis pedas, kumpulan arwah pak yus. ada segelintir peminat mula mengatakan.

adakah ini  sebagai tanda simpati kepada kumpulan tersebut atau sebagainya ? sedangkan pasukan lain juga membuat persembahan yang terbaik ? aku bukan nak provoke ke apa ke. just aku tanya pendapat. aku tengok persembahan minggu ini. jadi sebab itu aku bertanya tu.

kalu aku sorang je rasa macam tu. tak pe la kan. aku minta maaf la. kalau korang pun rasa macam tu. ce kongsi dengan aku.

sekian.

CARA BUAT BREAKFAST WALAUPUN SIBUK >> KLIK SINI
Previous Post Next Post