[ Review ] CELCOM INTERNET BURUNG HANTU !


INTERNET BURUNG HANTU I Baru-baru ini, celcom melancarkan satu promosi baru mengenai Internet Burung Hantu. Sebelum ini , kita telah di promosikan oleh Magic Sim dan pelbagai lagi promosi dari celcom.Tapi yang lain tu, aku tak sempat guna dan cuba, jadi aku pun dengan semangatnya ingin mencuba Internet Burung Hantu ni. Setelah menggunakan internet burung hantu semalam,jadi aku nak buat Review Internet Burung Hantu Celcom ni.


Aku mula mencuba internet burung hantu ni, Mungkin review aku ni akan aku update selalu supaya korang dapat maklumat mengenai promosi ni.  Macam poyo gila ayat aku ni. hahaha

Seperti yang korang tahu, Internet Burung Hantu ini hanya berfungsi kepada pengguna celcom yang melanggan Internet selama Sebulan atau Seminggu . Manakala waktu Penggunaannya adalah bermula pada Jam 1 pagi hingga 7 pagi, waktu malaysia . Sebab tu di namakan internet burung hantu, korang kena jadi burung hantu di saat orang lain nyenyak tido.


Mula-mula aku macam tak yakin, haha di tambah pulak baru top up internet celcom untuk bulan ni. jadi aku cuba jugak.dan akhirnya pulangan yang amat berbaloi apabila aku dapat download 5 video dari Youtube tanpa effect langsung kredit internet aku.

WOW ! banyak tuu.. best kan. tapi bila tengok waktu dia tu yang tak best tu. hahaha kena sengkang mata bagai.dapat juga la aku download dengan laju nya. Terima Kasih celcom ! Jadi, yang mana belum cuba lagi internet burung hantu ni, cepat cuba ! tak rugi pun malah menguntungkan.

Untuk Pengguna Magic Sim celcom, korang boleh guna Internet Burung Hantu di secara terus tanpa perlu berpindah atau menukar apa-apa. Cuma korang kena langgan internet macam aku sebut dekat atas tu, bulanan atau mingguan.

Aku rasa buat masa ni, cukup la review Internet Burung Hantu ni. nanti aku update lagi dari masa ke semasa. Harap bermanfaat untuk korang ya !




No comments

Powered by Blogger.