Pengalaman di Sebuah Bank !

Gambar sekadar hiasan , Gambar dari blog : harithfaisal.blogspot.com 
Cerita Di Bank I Hari ni, aku p ke bank di kawasan tempat aku ni. Setelah aku buat urusan di bank tersebut aku keluar dari bank, aku lihat seorang pak cik tua berkerusi roda di luar bank . Beliau Menjual Tisu . Aku tengok beliau berniaga untuk menampung kehidupannya. Pak cik ni juga kudung kedua belah kaki . Tapi semangat yang di tunjukkan oleh pak cik ni betul-betul  mencuit hati aku.
gambar hiasan

Mana taknya, beliau yang kurang upaya pun bersusah payah mencari rezeki, inikan pula kita yang kuat dan gagah ni. malas nak cari rezeki. ada blog pun berapa kali putus asa sbb tak bagi hasil, lepas tu nak stop bagai. sedangkan kalau kita stay dan terus dengan usaha kita terhadap perkerjaan yang kita buat. pasti akan membuahkan hasil.

Moga Pak Cik ni diberikan rezeki yang banyak dan kita juga di berikan rezeki juga .Semoga coretan dan teguran alam untuk kita ni memnguatkan semangat kita untuk terus berusaha dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Kuncinya satu sahaja, JANGAN PUTUS ASA !

Selagi ada ruang dan peluang, kita cuba dan cuba ! Bentuk pengalaman dan kekuatan diri.Ikhlaskan Niat untuk kita berjaya.Jaga Hubumgan dengan ALLAH dan juga Makhluknya.

hehehe

Layanan di bank dari pada pekerja bank tersebut, okay dan memuaskan ^_^ terima kasih .

** nama bank di rahsiakan . hehe


 

No comments

Powered by Blogger.