Jumaat Terakhir 1436H !

9 Oktober 2015


JUMAAT TERAKHIR I Setelah Hampir Setahun, kita melalui liku-liku hidup dengan pelbagai onak dan ranjau,Kehilangan insan-insan yang tersayang dan kehadiran insan-insan baru yang mewarnai kehidupan kita . Semua ini adalah lumrah kehidupan kita sebagai makhluk . Apa yang kita perlu buat lalui dengan perasaan diri sebagai hamba, bukan tuhan. nanti kita akan bersyukur .

Sempena Jumaat Terakhir ini, jom kita check balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun ini. Ambil kertas dan pen. dan mula menulis. banyak tak yang kita tulis ? Kuatiti tak menjamin kualiti. buat banyak atau sikit itu tak ada apa2 di sisi tuhan,melainkan kita ikhlas dengan apa yang kita buat.

checklist yang kita buat tu,hanya untuk membantu kita menempuhi tahun baru yang bakal tiba.Setiap target mesti di capai dan jangan ada yang tercicir.baru kita boleh berjaya. Ada beberapa perkara dalam konsep berjaya yang kadang-kadang membantu kita.contohnya,  ada orang yang terpaksa meninggalkan salah satu target dia untuk bejaya. ada orang mampu buat semua target yang dia plan dan rancang. terpulang kepada individu.

Perhatikan balik apa yang kita dah buat. tahun ni lebih baik dri tahun lepas atau sebaliknya. Tahun ini banyak mengajar aku nilai-nilai ikhlas dan mengajar aku lebih banyak berfikir mengenai kehidupan.Jangan Menilai seseorang itu dengan sekali pandang.lebih menghargai orang yang ada di sekeliling kita. korang pulak macam mana ? asyik cite aku jaa nii.. hahaha

Apa-apa pun, di akhir tahun , perkara yang perlu di lakukan adalah memohon keampunan dari Allah.Tanpa pengampunanNya, kita tiada apa-apa di sisiNya. Kita buat dosa, kesannya adalah pada kita .Tak ada kesan pun pada tuhan. Ingat tu.Pintu rahmat Allah sentiasa terbuka untuk kita kembali. Sama-sama kit abertaubat dan mendekatkan diri kita dengan tuhan.

itu ja matlamat kita hidup, iaitu untuk beribadah kepadaNya.

Nanti dah buat list tu, meh share ngan aku. boleh la aku improve diri aku juga ^^

Salam tahun baru , lagi 5 hari :)

2 ulasan:

  1. bila dah nak masuk awal muharam PC dengan en suami suka kira hari nak ramadhan..hihihihi..

    BalasPadam
  2. cepat betul masa berlalu kan...

    BalasPadam

Kataubaid© .