Akibat Menggunakan Handphone !


Hai,

Handphone Cepat Habis Bateri I Selalunya pengguna handphone ni dia akan mempunyai masalah-masalah tertentu yang akan menyebabkan dia stress dan Marah.Tapi itu lah lumrah atau akibat Menggunakan Handphone masa sekarang ni. Nampak macam serius je ubai ni. hahaha tak da la. saja nak bagi suspen sikit.


Banyak kali dah aku baca di laman sosial , banyak pengguna mengadu mengenai handphone yang ada di tangan mereka tu. " Cepat hang " , ' Whatsapp hang ", dan bermacam-macam lagi dan akhirnya terpaksa la mereka mencari alternatif baru bagi mengurangkan masalah tu. ada yang hantar kedai dan bermacam-macam lagi cara. jangan hantar jumpa bomoh sudah. hahaha ingat handphone korang berhantu ka. haha

Lagi satu, smarphone kita ni atau handphone kita ni kadang-kadang memahami pemilik dia. contohnya bila time kita gaji je, mesti handphone ada buat hal, tak banyak pun , mesti sikit. nak charge tak boleh ,top up tk msuk dan sebagainya. nampak sgt handphone kita ni memahami kita. hehehe, memahami untuk menjahanamkan duit kita ada lah hehe.

Antara kelebihan yang kita nak bila kita beli handphone  baru adalah, kita sudah pasti nak bateri phone kita tahan lama. Sebab masalah sekarang bila handphone cepat habis bateri menyebabkan hidup kita jadi tak produktif atau dalam bahasa mudahnya adalah tak tau nak buat apa . sebab tu, orang ramai meletakkan syarat itu sebagai yang pertama bagi mengelakkan mereka terpaksa membeli powerbank sbagai gajet tambahan untuk kekal cergas dengan phone masing-masing.

Handphone Samsung Note aku ni pun dah nak masuk 4 tahun dah aku guna. bohongla kalau aku tak ada masalah ngan phone aku. kalau handphone ni awek aku, dah bnyak kali dah aku clash ngan dia. hahaha kesian handphone aku ni. tapi alhamdulillah, selepas repair tempat charger haritu, sampai sekarang masih elok, harapnya dapat guna lagi untuk masa akan datang.


Tapi satu je masalah dia, bateri tak leh tahan lama juga. hahaha nak buat macam mana kan.redho je la. nak beli iphone , tak minat pulak aku ni. aku lebih suka samsung, biar la besar gedabak pun tapi osem. Aku tertarik juga dengan sony yang boleh masuk dalam air tu. hahaha bajet2 setiap hari ko berendam dalam swimmingpool la ni. hahaha.

tak pa la, apa model kita guna sekali pun untuk smartphone ni. tak penting pun sebenarnya, sebab, mati nanti tak bawa masuk kubur pun. betul tak ? jangan dok down sebab tak leh pakai iphone 6s plus dan sbagainya. doa banyak-banyak, nanti kita dapat jugak kan.

sekian


Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)