IRI HATI BAWA KE NERAKA !

IRI HATI BAWA KE NERAKA ! | Assalamualaikum , Manusia tidak akan terlepas dari sifat baik dan buruk.Sebab kita ni bukan Nabi dan Rasul. Tapi kita selalu dengar yang kita ni ada dua pilihan sama ada positif atau negatif. Kenapa kita pilih negatif ? Aku bukan cakap aku ni baik sangat.aku pun ada salah dan silap. Cuma entri ni untuk peringatan bersama . Iri Hati ni penyakit hati yang kronik .Sebab dia tak puas hati dengan orang yang dapat rezeki dan dia tak dapat.Sebab apa penyakit ni aku kata kronik, sebab dia boleh merosakkan kepercayaan kita pada seseorang termasuk lah orang yang kita sayang. Iri hati ni dia akan tutup segala pintu kebaikan orang yang dia iri hati terhadap dia.

Orang yang iri hati ni, akan tengok orang lain sebagai orang yang tak layak terima nikmat lebih dari diri dia . Macam mana hidup nak aman, kalau asyik tak puas hati dengan orang. Ingat, kita hidup ni sekali ja. Lepas ni bila mati, susah weh nak cari balik sorang dekat padang mashar tu nanti. Tak yakin ke yang kita akan berkumpul di padang mahsyar nanti ? (Islam)
IRI HATI BAWA KE NERAKA !


Rasulullah pun tak bagi kita iri hati dan hasad dengki dengan orang lain. Patutnya, kita tengok diri kita ni dulu. Banyak nikmat Allah bagi dekat kita, awat yang nak iri dan dengki pulak yer ? Bebaskan lah diri kita dari sifat2 iri hati ni. Aku nak membebel panjang-panjang, nanti ada la cakap aku tak profesional la, luah dekat blog tak da tempat lain dan sebagainya. Kalau tak luah kat blog nak luah dekat mana kan ?
Jap satu soalan .

Kau ada blog ? Hahaha,

okaylah saja ja nak Panaskan suasana hari ni ni.. Alang2 jerebu ni ,JANGAN sampai mata hati kita pun di landa jerebu.Ikhlaskan niat kerana ALLAH dan sentiasa sangka baik. Kalau aku salah korang tegur la yer. Aku kan adik2 korang jugak.. Ceceececece nak duit raya..hehehe

Sekian. Saya yang comel. Ubaidullah :3

Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

Kak Sue Kak Sue September 17, 2015 at 5:15 PM
singgah jap,sejukkan hati..hahahhaa..

blog aje lah tempat luahan hati ye Ubai...ehehe..

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)