" Buktikan Kelelakian Anda ! "- kata Bank Sperma Britain !

Hai,

BANK SPERMA  | Bank Sperma di britain meminta agar lelaki di negara tersebut membuktikan kelelakian mereka. Perkara ini di sebabkan mereka kekurang bekalan sperma di dalam bank tersebut.Tambahan pula mereka mengalami penurunan bagi yang ingin menderma sperma, boleh di katakan dari 100 pertanyaan hanya 1 sahaja yang sudi mendermakannya .

petikan rujukan : http://www.bharian.com.my/node/79141


Terkejut juga aku masa mula-mula baca artikel ni.Jadi dengan kekuatan kelelakian aku, aku pun baca la artikel yang menarik ini.Cuma aku terfikir, betapa mulianya ISLAM .Islam menjaga penganut dia dengan menjaga keturunan mereka.Dalam Islam, hanya perkahwinan yang sah sahaja yang di terima dalam meneruskan zuriat orang islam. Hubungan sumbang mahram di anggap sebagai berdosa dan setiap pendosa tersebut perlu bertanggungjawab di hadapan ALLAH nanti di akhirat. Jika taubatnya di terima,maka selamatlah dan syurga untuk mereka. Jika tidak Nauzubillah .

aku terfikir lagi, kenapa manusia mencari bahagia dengan cara yang bertentangan dengan fitrah beragama  pada diri manusia itu sendiri. kita tengok masyarakat dan dunia luar, sampai ada yang melawan takdir hanya dengan secebis bahagia.sedangkan kita mampu bahagia yang hakiki bila kita beragama.

Islam melarang menderma sperma lelaki kepada perempuan yang lain tanpa ikatan perkahwinan yang SAH adalah bertujuan menjaga keturunan penganut islam.Cuba bayangkan, seorang lelaki bagi sperma dia dekat seorang perempuan yang dia tak kenal dan perempuan tu membesarkan anak lelaki yang dia tidak kenal ? adakah ini boleh di klasifikasikan dengan CINTA ?

Orang Melayu memang kuat bila berkata mengenai cinta dan Perkahwinan . Btul tak ? Pelbagai persepsi yang timbul, " aku nak bercinta dulu, kemudian baru kawin " & "aku nak kawin dulu, baru bercinta dengan suami aku " .itulah antara ayat yang kita dengar saban hari dalam masyarakat kita.

Cinta dan perkahwinan di gandingkan sekali demi memberi satu pulangan dan kebahagian dalam perhubungan perkahwinan.Jika kita lakukan seperti orang barat yang aku sebutkan kat atas tu. adakah cinta itu lahir ? adakah masyarakat akan hidup dalam cinta dan harmoni ? kita fikir2 kan bersama .

syukur,Allah kurniakan kita dengan Islam.Alhamdulillah.

bye !
Previous Post Next Post