Puasa Di Bumi Mesir !!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini telah masuk ramadhan yang ke 3 utk tahun ini.

banyak pengalaman baru dan kehidupan yg kita lalui ini semuanya adalah pengajaran dan didikan ALLAH utk kita.

hari tu aku da kata nak cerita kan pngalaman puasa di bumi mesir en. haa

ni aku nak ceritakan.

hari first puasa, alhamdulillah mcam orang lain juga berpuasa. cuma kehidupan di mesir ini agak luar biasa.

tatkala ramadhan tiba, makin ramai manusia-manusia solat di masjid.

bukan sekadar terawih sahaja..malah solat subuh ,zohor ,asar dan maghrib dan isyak juga sperti itu..

penuh masjid tatkala waktu solat.

suasana di mesir ni agak suram dan sunyi berbanding bulan2 lain.

begitu juga tika waktu berbuka. sperti waktu subuh di hari biasa.. sunyi sepi, kedai di tutup. jalan raya pun kosong sperti tiada orang.

alhamdulillah, ALLAH bagi kesempatan utk aku merasai nikmat berpuasa di mesir .mungkin ini yang terakhir, hanya ALLAH sahaja yang tahu.

di mana juga kita berada ,di mana juga kita berpuasa. ingt ALLAH senantiasa memerhatikan kita.

ketika sahur dalam kul 12 tgh malam cm tu akan dengar budak2 mengetuk something cm botol atau gendang utk kejut sahur.. subhanaallah, betapa meraikkan ramadhan itu menyebabkan mereka begitu gembira.

kalau nak bngun sahur tu senang skit.. hehehe

korang kt msia cm na lak ?? hehe.. insyaallah dalam masa terdekat ni akan pulang ke msia. doakan perjalanan kami ini dirahmati dan di sayangi oleh ALLAH.

sekian.

p/s : segmen blogwalking di lanjutkan !! sila pergi ke entri utk join !! ^^
Previous Post Next Post