Panduan & Cara Tonton Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza Musim 13 (GV13): Live Streaming, Saluran TV & Tema Gen F!
Panduan lengkap cara tonton Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza Musim 13 (GV13 / Gegar Vaganza Fantasia 2026) secara langsung. Membawa tema istimewa "Gen AF", konsert minggu kedua ini menyaksikan barisan juara mempersembahkan lagu-lagu popular daripada alumni Akademi Fantasia di bawah pengadilan juri tetap Dato' Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Datuk Syafinaz Selamat. Semak info siaran langsung, saluran TV, dan platform streaming di bawah gais!
Nota Redaksi: Artikel panduan tontonan ini dikemaskini secara rasmi mengikut jadual siaran langsung Astro bagi Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza Fantasia 2026.
Debaran Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza Musim 13 (GV13 / Gegar Vaganza Fantasia 2026) Live kini semakin memuncak gais! Selepas kejayaan konsert pembukaan minggu lalu, edisi kali ini membawakan tema khas "Gen AF" yang menguji kebolehan barisan juara membawakan karya hebat alumni Akademi Fantasia sehh.
Bukan sekadar cabaran vokal biasa, malah penonton disajikan dengan persaingan sengit bagi menguasai carta mingguan. Di manakah saluran rasmi untuk menontonnya secara langsung? Inilah kupasan lengkap info tontonan yang wajib anda semak sebelum konsert bermula gais!
🔴 Info LIVE Konsert Minggu 2 GV Fantasia 2026
Jangan lepaskan detik paling mendebarkan minggu kedua ni:
- Masa Mula: Jam 9:00 Malam
- Lokasi Pentas Live: Auditorium MBSA, Shah Alam
- Saluran TV Rasmi: Astro Ria (Saluran 104)
- Live Streaming Online: Aplikasi Astro GO & platform sooka
- Siaran Ulangan: Isnin, jam 12:00 tengah hari di Astro Ria
- Trio Pengacara VVIP: Nabil Ahmad, Jihan Muse & Sherry Alhadad
- Barisan Juri Tetap: Dato' Ramli MS, Hetty Koes Endang & Datuk Syafinaz Selamat
⚠️ Nota Penting: Minggu 2 membawakan tema "Gen AF" di mana kesemua peserta mempertaruhkan lagu-lagu popular daripada alumni Akademi Fantasia. Markah juri dan undian penonton terus menjadi penentu penting kedudukan carta peserta minggu ini gais!
LIVE !🎵 Tinjauan Awal Barisan Juara AF & Lagu Tugasan Minggu 2
Membariskan nama-nama besar seperti Stacy, Mila, Mawi, Faizul, Faizal, Zahid, Firman, Vince, dan Shahir, konsert minggu kedua bertema Gen AF dijangka memberikan kejutan vokal yang luar biasa.
Korang boleh semak butiran senarai lagu penuh melalui artikel berasingan kami di pautan berikut: Senarai Rasmi Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 GV13.
🔥 Kenapa Korang Wajib Tonton Konsert Minggu 2 GV13?
- Tema Eksklusif Gen AF: Peserta membawakan lagu-lagu popular ciptaan atau dipopularkan oleh alumni Akademi Fantasia.
- Persaingan Semakin Sengit: Selepas tiada penyingkiran minggu pertama, setiap peserta pastinya melipatgandakan usaha minggu ini.
- Komen Pedas & Jujur Juri: Sentuhan Tok Ram dan Bunda Hetty pastinya dinantikan untuk menilai persembahan teknikal peserta.
- Undian Hot Seat: Peluang penonton mengundi 4 tempat kosong peserta AF menerusi chatbot rasmi dan Gempak.
💬 Ruangan Borak & Jangkaan Penonton Gais!
Malam ni korang sokong siapa untuk tema Gen AF? Adakah Stacy mampu kekal di takhta teratas atau bakal ada kejutan daripada peserta lain gais?
Jom kongsikan ramalan dan pandangan korang di ruangan komen bawah ni sekarang gais!
❓ Soalan Lazim (FAQ) Info Tontonan GV Fantasia 2026 Minggu 2
Pukul berapa Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza Musim 13 bersiaran?
Konsert bermula tepat jam 9:00 malam pada hari Ahad secara langsung.
Di manakah saluran TV rasmi untuk menonton GV13?
Penonton
boleh menonton menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) serta secara
online di aplikasi Astro GO dan sooka.
Di mana boleh semak keputusan markah terkini selepas konsert?
Keputusan rasmi, markah juri, dan kedudukan carta akan dikemas kini
serta-merta di blog ini sejurus konsert tamat.
Admin & Content Creator Sports & Entertainment.
