Anugerah Melodi Terhangat 2026: Senarai Pencalonan & Keputusan (#AMT2026)

Keputusan penuh dan senarai pemenang rasmi Anugerah Melodi Terhangat 2026 (#AMT2026). Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan tema 'Power', pelakon popular Anna Jobling merangkul trofi utama Anugerah Melodi Terhangat selepas meraih undian tertinggi peminat. Diacarakan oleh Ain Edruce dan Kamal Adli serta dimeriahkan persembahan hebat deretan artis popular tanah air. Semak senarai penuh pemenang mengikut kategori di bawah gais!

Nota Redaksi: Artikel ini telah dikemaskini secara rasmi mengikut keputusan penuh pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2026 (#AMT2026) TV3.

Pentas Anugerah Melodi Terhangat 2026 (#AMT2026) melabuhkan tirainya dengan gilang-gemilang semalam gais! Dihangatkan dengan tema 'Power' serta diserikan oleh gandingan pengacara bertenaga Ain Edruce dan Kamal Adli, malam kemuncak ini menyaksikan pelakon jelita Anna Jobling diumumkan sebagai penerima trofi utama Anugerah Melodi Terhangat sehh.


Senarai Penuh Pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2026 (#AMT2026)

📌 Info Ringkas Anugerah Melodi Terhangat 2026

  • Acara: Anugerah Melodi Terhangat 2026 (#AMT2026)
  • Tarikh: 18 Oktober 2026 (Ahad)
  • Tema: Power
  • Lokasi: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
  • Pengacara Utama: Ain Edruce & Kamal Adli
  • Penaja Utama: CUCKOO, Darlie, Gardenia QuickBites, Mentos & Grab

🏆 Anugerah Utama #AMT2026

Anugerah Melodi Terhangat 2026: Anna Jobling 🌟

👑 Senarai Penuh Pemenang #AMT2026

Berikut merupakan senarai rasmi pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak:

Kategori Pemenang Rasmi
Fresh Rising Star Terhangat Darlie Zaki Yamani
Selebriti Maskulin Terhangat Fattah Amin
Selebriti Feminin Terhangat Anna Jobling
Selebriti Muzik Terhangat Khai Bahar
Selebriti Couple Goals Terhangat Janna Nick & Dini Schatzmann
Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO Hael Husaini
Selebriti Viral Terhangat Aisha Retno
Selebriti Stailo Terhangat Meerqeen
Tonton Original Terhangat Neraka Yang Terhijab
Lagu Terhangat Nurcinta (Amir Masdi)
Drama Sangat Terhangat Yes! Captain Zul Aaryan (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)
Direktor & Filem Terhangat Bobby Husaini & Libang Libu

📅 Pengumuman Kategori Khas CUCKOOTOPIA

Manakala empat kategori lagi iaitu Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat, dan Selebriti Mandarin Terhangat akan diumumkan serta disampaikan menerusi CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT2026 yang bakal berlangsung pada 24 Oktober 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur!

✨ Kemeriahan & Persembahan Malam Kemuncak

Pentas AMT2026 turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada deretan artis popular seperti Misha Omar, Ernie Zakri, Nadeera, DOLLA, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, dan Shiha Zikir. Turut menyerikan majlis ialah kehadiran barisan penyampai trofi terkemuka negara termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Hael Husaini, dan Dayang Nurfaizah.

❓ Soalan Lazim (FAQ) Anugerah Melodi Terhangat 2026

Siapakah pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2026?
Pelakon popular Anna Jobling dinobatkan sebagai pemenang utama menerusi undian tertinggi peminat.

Bilakah baki kategori lain akan diumumkan?
Empat kategori tambahan akan diumumkan pada 24 Oktober 2026 sempena CUCKOOTOPIA di Stadium Merdeka.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2026! Jangan lupa kongsikan artikel ini gais!

Admin & Content Creator Sports & Entertainment.