Senarai Peserta Borneo Rising 2026: Format, Juri & Saluran Siaran Live
Info penuh program realiti nyanyian terbaharu Borneo Rising 2026. Hasil kerjasama strategik Astro dan RTM bersama penaja utama CelcomDigi, rancangan ini menampilkan 12 peserta terbaik dari Sabah dan Sarawak, barisan juri tetap Noh Salleh, Marsha Milan, Shila Amzah serta hos Zizan Razak dan Sherry Alhadad. Bersiaran secara langsung dari Sabah setiap Ahad, jam 9:00 malam bermula 6 September 2026 di Astro Ria dan TV Okey. Semak senarai penuh peserta, saluran siaran, dan info undian dekat bawah gais!
Nota Redaksi: Artikel ini dikemaskini dengan maklumat rasmi barisan peserta, hos, juri tetap, dan panduan undian CelcomDigi.
Orang Sabah dan Sarawak, sila bersedia gais! Sesiapa yang selalu menyanyi dalam bilik mandi sampai jiran sebelah ketuk dinding tu, inilah masanya untuk korang buktikan bakat sebenar sehh!
Astro dan RTM baru sahaja mengumumkan pelancaran program realiti nyanyian mega terbaharu mereka iaitu Borneo Rising. Rancangan yang mendapat tajaan utama daripada CelcomDigi ini memang diterbitkan khas untuk mencungkil dan mengangkat permata tersembunyi dari Borneo ke peringkat nasional.
Yang paling menariknya lagi, peserta tak perlu susah payah beli tiket kapal terbang datang KL sebab seluruh produksi rancangan lapan episod ini dijalankan secara langsung sepenuhnya di Sabah gais!
📌 Info Ringkas Program Borneo Rising 2026
- Tarikh Tayangan Perdana: Ahad, 6 September 2026
- Waktu Siaran: Setiap Ahad, jam 9:00 malam (8 Episod)
- Penerbit & Penyiar: Kerjasama Strategik Astro & RTM
- Penaja Utama: CelcomDigi
- Saluran TV: Astro Ria (Saluran 104) & TV Okey (Saluran 146)
- Aplikasi Penstriman: Astro GO, sooka & RTMKlik
- Pengacara: Zizan Razak & Sherry Alhadad
- Juri Tetap: Noh Salleh, Marsha Milan & Shila Amzah
🎤 Senarai 12 Peserta Borneo Rising 2026
Hasil daripada siri ujibakat fizikal yang dijalankan sepanjang Ogos lalu di Miri, Tawau, Kota Kinabalu, dan Kuching, seramai 12 peserta terbaik telah dipilih untuk berentap di pentas utama gais:
| Bil. | Nama Peserta | Asal / Negeri |
|---|---|---|
| 1 | Rizzani | Tawau, Sabah |
| 2 | Syukri | Kinabatangan, Sabah |
| 3 | Harvard | Tamparuli, Sabah |
| 4 | Joy | Sabah / Sarawak |
| 5 | Dabra | Kota Belud, Sabah |
| 6 | Petrova | Papar, Sabah |
| 7 | Afiq | Sandakan, Sabah |
| 8 | Jecinta | Miri, Sarawak |
| 9 | Aadel | Kuching, Sarawak |
| 10 | Harris | Kuching, Sarawak |
| 11 | Michelle | Kuching, Sarawak |
| 12 | Faris | Kuching, Sarawak |
🌟 Barisan Juri & Pengacara Barisan Hadapan
Bagi memastikan mutu persembahan sentiasa berada pada tahap tertinggi, tiga nama besar industri muzik tanah air telah dilantik sebagai juri tetap sehh:
- Noh Salleh (Vokalis kumpulan Hujan)
- Marsha Milan (Penyanyi vokalis mantap asal Sabah)
- Shila Amzah (Penyanyi berpengalaman peringkat antarabangsa)
Sementara itu, pentas mega Borneo Rising bakal kecoh dan gamat dengan gandingan pengacara paling ikonik iaitu Zizan Razak dan Sherry Alhadad!
📲 Kelebihan Khas Untuk Pelanggan CelcomDigi
Sebagai penaja utama, pelanggan prabayar (prepaid) CelcomDigi di seluruh negara bakal menikmati mata undian ekstra (voting points) untuk setiap transaksi tambah nilai (reload). Lebih menarik lagi, korang juga berpeluang memenangi tiket eksklusif untuk menyaksikan konsert mingguan secara LIVE dari pentas Sabah!
❓ Soalan Lazim (FAQ) Borneo Rising
1. Bilakah program Borneo Rising mula bersiaran?
Rancangan ini bersiaran secara rasmi bermula Ahad, 6 September 2026, pada jam 9:00 malam untuk lapan minggu berturut-turut.
2. Di saluran manakah saya boleh menonton siaran langsung ini?
Siaran langsung boleh ditonton di televisyen menerusi Astro Ria (Saluran 104) dan TV Okey (Saluran 146).
3. Bolehkah saya menonton secara striman digital?
Boleh. Penonton boleh layan secara On Demand melalui aplikasi Astro GO, sooka, dan RTMKlik.
4. Siapakah pengacara dan juri tetap Borneo Rising?
Program ini dihoskan oleh Zizan Razak & Sherry Alhadad, manakala barisan juri tetap terdiri daripada Noh Salleh, Marsha Milan, dan Shila Amzah.
Admin & Content Creator Sports & Entertainment.
