Sinopsis Drama Bapa Mentuaku Mafia (Astro Ria) – Lakonan Zahiril Adzim & Siti Hariesa

Slot Dramavaganza di Astro Ria kembali membara dengan naskhah terbaru yang cukup unik berjudul Bapa Mentuaku Mafia. Gabungan antara dunia dakwah dan dunia gelap mafia ini pastinya menjanjikan kelainan, apatah lagi ia diterajui oleh pelakon hebat Zahiril Adzim dan bintang meningkat naik, Siti Hariesa.



Sinopsis Drama Bapa Mentuaku Mafia (Astro Ria) – Lakonan Zahiril Adzim & Siti Hariesa



Drama 12 episod arahan Afiza Asram ini bukan sekadar aksi, tapi sarat dengan elemen humor dan pengajaran. Sebelum korang mula tonton episod pertama esok, jom admin kongsikan info lengkap drama ni!

Perkara Butiran Drama
Judul Bapa Mentuaku Mafia
Mula Tayangan 13 Mei 2026
Waktu Siaran Rabu & Khamis (9:00 Malam)
Saluran Astro Ria (Slot Dramavaganza)
Jumlah Episod 12 Episod
Lagu Tema Joget Mantul - Faizal Tahir

Sinopsis Drama Bapa Mentuaku Mafia

Drama ini mengisahkan tentang Takdir (Zahiril Adzim), seorang ustaz muda yang hidupnya sangat tenang dan penuh dengan prinsip iman. Namun, kehidupannya berubah 360 darjah apabila dia bertemu dengan Chief Zack (Dato’ Razak Ahmad), seorang ketua mafia yang digeruni.

Atas satu janji paksaan, Takdir terpaksa berkahwin dengan puteri Chief Zack yang bernama Melissa (Siti Hariesa). Melissa seorang yang keras kepala dan hidup dalam kemewahan hasil dunia gelap ayahnya. Takdir kini berada di persimpangan—sama ada mahu menyelamatkan dirinya atau menjalankan misi dakwah untuk mengubah bapa mentuanya itu kembali ke jalan yang benar.


Sinopsis Drama Bapa Mentuaku Mafia (Astro Ria) – Lakonan Zahiril Adzim & Siti Hariesa


Kisah ini semakin menarik dengan kehadiran Murni (Auni Yusri) yang menambah renpah dalam konflik cinta mereka. Adakah "Takdir" akan berjaya melembutkan hati Melissa dan Chief Zack? Sama-sama kita saksikan!

Barisan Pelakon & Watak

Zahiril Adzim
Ustaz Takdir
Siti Hariesa
Melissa
Dato Razak Ahmad
Chief Zack
Auni Yusri
Murni
Nafiez Zaidi
Ajak
Shweta Sekhon
Khaty
INFO MENARIK: Sambil tunggu drama ni tayang, korang boleh baca juga biodata pelakon aksi hebat kita Mierul Aiman di sini!

Kenapa Korang Kena Tonton?

Bagi admin, daya tarikan utama drama ni ialah Zahiril Adzim. Kita tahu kualiti lakonan beliau sebagai pelakon watak memang gempak. Gabungan beliau dengan Siti Hariesa yang tular menerusi drama-drama sebelum ni memang sesuatu yang fresh. Tambahan pula, lagu OST dari Faizal Tahir bertajuk Joget Mantul tu memang catchy habislah!

Jangan lupa strim secara sah di Astro GO atau sooka kalau korang terlepas waktu siaran televisyen. Sokong industri seni tempatan kita!

SHARE ARTIKEL:

FB WA TG
author

Admin & Content Creator.