Persembahan Anggrek & Mimi Fly Minggu 6 Talk To My Manager 2 Cetus Standing Ovation!

Konsert Talk To My Manager 2 (TTMM2) Minggu Keenam benar-benar digegarkan dengan satu impak panggung yang luar biasa. Fokus utama malam itu pastinya terarah kepada persembahan Anggrek MimiFly Minggu 6 Talk To My Manager 2 yang berjaya mencetuskan fenomena tersendiri sehingga memaksa seluruh Auditorium MBSA Shah Alam berdiri memberikan tepukan gemuruh!

📌 Impak Persembahan Anggrek & Mimi Fly (Minggu 6)

  • Lagu Tugasan: Menyanyikan lagu hits "Temberang" bersama penyanyi asal, Mimi Fly.
  • Pengiktirafan Padu: Mimi Fly sendiri mengakui Anggrek tampil hebat dengan gaya tersendiri, malah menyifatkan Anggrek lebih baik daripadanya.
  • Penilaian Juri: Mendapat Standing Ovation penuh daripada ketiga-tiga juri tetap dan jemputan (Datuk AC Mizal, Che Puan Sarimah, dan Puan Seri Tiara Jacquelina).

Semak juga keputusan penuh konsert malam tadi di sini: Carta Kedudukan Markah Talk To My Manager 2 Minggu 6.

"Anggrek Is Better Than Me!" - Mimi Fly Beri Restu Gelaran Junior

Bintang muda di bawah naungan kem pengurus Adira, iaitu Anggrek, tidak putus-putus menerima pujian melambung tinggi sejurus selesai mempersembahkan lagu Temberang. Chemistry luar biasa yang dipamerkan di atas pentas bersama penyanyi asal, Mimi Fly, membuktikan kualiti vokal dan persembahan Anggrek berada dalam kelas yang tersendiri.


Persembahan Anggrek & Mimi Fly Minggu 6 Talk To My Manager 2 Cetus Standing Ovation!


Suasana menjadi lebih gamat apabila hos legenda, Datuk Aznil Nawawi sempat mengusik dan bertanyakan soalan kepada penyanyi asal tersebut.

“Lulus tak jadi Mimy Fly Junior?” soal Pak Nil berseloroh.

“Approve! Anggrek is Anggrek, better than me,” jawab Mimy Fly ringkas sambil memberikan pengiktirafan besar buat proteje Adira itu.

Gegaran Tiga Standing Ovation Daripada Barisan Juri

Bukan sekadar penonton di rumah yang terpukau dengan kehebatan persembahan Anggrek MimiFly minggu 6 Talk To My Manager 2 ini, malah barisan juri profesional iaitu Datuk AC Mizal, Che Puan Sarimah Ibrahim, dan juri jemputan khas, Puan Sri Tiara Jacquelina turut bangun memberikan standing ovation.

Puan Sri Tiara Jacquelina menyifatkan kelahiran Anggrek di pentas ini umpama *“A star is born”*, malah Datuk AC Mizal tanpa berselindung menyatakan bahawa ini adalah persembahan paling terbaik yang pernah disaksikan sepanjang dua musim TTMM bersiaran. Impak kemenangan ini turut membawa tuah apabila kem Adira & Anggrek berjaya merangkul Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie dan membawa pulang tunai RM2,000 beserta hamper sumbangan.

Ulangi Magis Pentas Minggu Keempat (Niskala Suaka)

Kejayaan gila-gila gandingan ini sebenarnya bukanlah satu kejutan baru. Terdahulu, Anggrek sudah mula mencuri tumpuan juri pada minggu keempat apabila tampil memukau menerusi lagu Niskala Suaka (nyanyian asal kumpulan K.O.I).

Pada konsert minggu keempat tersebut, dia juga berjaya menuai ulasan magis serta menerima 'standing ovation' mutlak daripada Datuk AC Mizal, Che Puan Sarimah Ibrahim, bersama juri jemputan ketika itu, Jaclyn Victor. Rekod bersih ini meletakkan kem Adira & Anggrek sebagai calon terkuat untuk mara ke pentas akhir.

📰 Berita Hangat Hiburan & Filem Pilihan Pembaca:

  • Inisiatif Mulia: PU Riz Mulakan Inisiatif Quranic Madani Bersama Anak-Anak Asnaf
  • Filem Box Office: Penangan Filem The Furious: Pertaruhan Maruah, Tiga Sesi Tayangan Sold Out!
  • Gosip Selebriti: Ammar Ahyan Ikut Nasihat Bapa, Belajar Cara Cari Rezeki Seawal Usia Muda

Waktu Siaran & Info Penstriman Sooka

Sebagai info, program fenomena Talk To My Manager 2 dinilai dengan format wajaran pemarkahan 60% atas komitmen pengurus dan 40% atas vokal artis. Program ini bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam di saluran Astro Ria (Saluran 104). Korang juga boleh layari aplikasi Astro GO atau platform Sooka untuk menonton siaran ulangan secara On Demand.

Jangan ketinggalan untuk menyemak tugasan terbaru Anggrek minggu depan di sini: Senarai Penuh Lagu Solo TTMM2 Minggu 7 (Tema: Tergamaknya Kau).

Admin & Content Creator Sports & Entertainment.