Sinopsis Lengkap Drama Dendam Seorang Mentua Full Episod
Slot drama petang di Astro Prima kembali bergegar dengan naskhah terbaharu yang sangat dinantikan, Dendam Seorang Mentua. Bermula 4 Mei 2026, penonton akan disajikan dengan sebuah kisah pengkhianatan, kuasa, dan dendam yang cukup membara. Drama bersiri 50 episod ini bukan sahaja menjanjikan jalan cerita yang mendebarkan, malah ia menghimpunkan barisan pelakon "Gred A" tanah air.
Diterbitkan oleh MIG Production dan diarahkan oleh sutradara berpengalaman Feroz Kader, drama ini menjadi bualan hangat bukan sahaja kerana plotnya yang kompleks, tetapi juga kerana kemunculan semula primadona Intan Ladyana serta gandingan dua figura hebat, Datuk Aaron Aziz dan Datuk Yusry Abdul Halim.
| Kategori Info | Butiran Drama |
|---|---|
| Tajuk Drama | Dendam Seorang Mentua |
| Tarikh Tayangan | Mulai 4 Mei 2026 |
| Waktu Siaran | Isnin - Jumaat (6:00 Petang) |
| Saluran | Astro Prima (Slot Tiara) |
| Jumlah Episod | 50 Episod |
| Lagu Tema | Jejak Yang Tertinggal - HoonDoo |
Sinopsis: Dari Mangsa Menjadi Pembalas Dendam
Kehidupan Sofia (Tracie Sinidol) yang asalnya indah hancur berkecai dalam sekelip mata apabila dia difitnah dan dipenjarakan atas jenayah yang langsung tidak dilakukannya. Apa yang lebih menyakitkan, dalang di sebalik tragedi ini adalah sahabat baiknya sendiri, Harlina (Chacha Maembong). Pengkhianatan itu dilakukan semata-mata untuk melindungi Hariz (Hariz Hamdan), lelaki yang dicintai oleh Harlina.
Selepas bertahun meringkuk di sebalik tirai besi, Sofia akhirnya bebas. Namun, dunia yang dia tinggalkan dahulu sudah berubah. Hariz kini telah berkahwin dengan Harlina, wanita yang merampas masa depannya. Kecewa dan penuh amarah melihat kebahagiaan mereka di atas penderitaan keluarganya, Sofia tekad untuk menuntut keadilan dengan caranya sendiri.
Fans drama dendam seorang mentua !! jom masuk telegram kaki drama ni untuk update terkini drama dendam seorang mentua !!
Ulasan Episod 43 – Dendam Seorang Mentua
Episod 43 menjadi antara episod paling penting apabila rahsia yang selama ini menjadi tanda tanya akhirnya mula terbongkar. Konflik antara Yasmin dan Sofea semakin memuncak apabila Yasmin terus menyalahkan Sofea atas segala kehilangan yang berlaku dalam hidupnya, menunjukkan obsesinya sudah bertukar menjadi dendam yang sukar dibendung.
Namun, kemuncak episod berlaku apabila Tiara terdengar perbualan antara Yasmin dan Mak Su yang secara tidak langsung mendedahkan bahawa Yasmin mempunyai kaitan dengan pembunuhan ibu Sofea. Pendedahan ini bukan sahaja mengubah arah siasatan, malah membersihkan sedikit demi sedikit nama Hariz yang sebelum ini menjadi suspek utama.
Episod ini berjaya meningkatkan debaran penonton kerana kini persoalannya bukan lagi siapa pembunuh sebenar, tetapi sejauh mana Yasmin sanggup bertindak untuk menutup jenayahnya dan sama ada Tiara sempat membawa kebenaran itu kepada Sofea serta pihak berkuasa.
Ulasan Episod 42 – Dendam Seorang Mentua
Episod 42 memperlihatkan bagaimana rasa kehilangan dan dendam mula menguasai Sofea sehingga dia sanggup bertindak di luar kawalan demi mencari kebenaran di sebalik kematian ibunya. Walaupun Hariz dipukul dan dipaksa mengaku, dia tetap bertegas bahawa dia bukan pembunuh sebenar, sekali gus membuka persoalan sama ada masih ada dalang lain yang belum terbongkar.
Dalam masa sama, Yasmin masih obses mahu mendapatkan Karl semula, namun keyakinan Sofea terhadap suaminya jelas terserlah apabila dia menyindir Yasmin bahawa semuanya bergantung kepada pilihan Karl. Kemuncak episod pastinya apabila Hariz memperdayakan Mak Yah untuk melarikan Aqil, sekali gus membuktikan obsesinya terhadap Sofea masih belum berakhir.
Kepercayaannya bahawa Sofea akan kembali menjadi isterinya menunjukkan Hariz masih gagal menerima realiti, menjadikan konflik antara mereka semakin tegang dan membuatkan penonton tertanya-tanya sejauh mana dia sanggup pergi demi mendapatkan semula Sofea.
Ulasan Episod 41 : Hariz bukan Pembunuh !! Tapi Yasmin !!
Episod 41 Dendam Seorang Mentua berjaya menghadirkan plot yang penuh kejutan apabila segala syak wasangka terhadap Hariz mula dipersoalkan selepas dia dibebaskan kerana kekurangan bukti. Dalam masa yang sama, emosi Sofea semakin memuncak apabila dia nekad mencari sendiri pembunuh ibunya. Kemuncak episod ini pastinya apabila rahsia sebenar akhirnya terbongkar bahawa Yasmin adalah dalang di sebalik pembunuhan tersebut, sekali gus mengubah keseluruhan arah cerita.
Konflik antara Sofea, Hariz, Karl dan Yasmin kini menjadi semakin rumit, dengan dendam yang semakin membara serta pelbagai rahsia yang masih belum terungkai. Episod ini berjaya membuatkan penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya untuk melihat sama ada kebenaran akhirnya akan terbongkar atau lebih banyak nyawa bakal menjadi mangsa.
Ulasan Episod 40 : MAK Sofea dibunuh !! Siapa dalang semua ni?
Ulasan Episod 39 : Hariz paksa sofea kawin ! Sofea kata karl bakal suami dia!!
Episod 39 Dendam Seorang Mentua memperlihatkan bagaimana obsesi yang tidak terkawal boleh bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan. Hariz bukan lagi sekadar lelaki yang kecewa kerana cinta ditolak, tetapi semakin menunjukkan tingkah laku yang melampaui batas apabila cuba mengawal dan memaksa Sofea mengikut kehendaknya. Kehadiran Karl sebagai pelindung Sofea menjadi antara elemen paling kuat dalam episod ini, terutama ketika dia tampil menyelamatkan Sofea pada saat genting.
Kemuncak episod pastinya ketika Hariz cuba memaksa perkahwinan berlangsung, namun keberanian Sofea akhirnya terserlah apabila dia secara terbuka memilih Karl di hadapan semua orang. Episod ini sarat dengan emosi, ketegangan dan konflik yang membuatkan penonton semakin tidak sabar menantikan apa yang bakal berlaku dalam episod seterusnya.
Ulasan Episod 38 : Sofea jumpa rantai dia yang kena ragut di meja hariz !
Episod 38 Dendam Seorang Mentua memperlihatkan konflik yang semakin memuncak apabila Sofea mula kehilangan kepercayaan sepenuhnya terhadap Hariz selepas menemui rantai yang pernah diragut berada di mejanya. Dalam masa yang sama, Yasmin terus menjadi dalang di sebalik pelbagai kekacauan demi memisahkan Karl dan Sofea, malah sanggup menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan apa yang diinginkannya.
Episod ini turut menonjolkan sisi Karl yang semakin berani mempertahankan Sofea, manakala Hariz pula kelihatan semakin sukar mengawal emosinya apabila ditolak berkali-kali. Kemuncak episod berlaku ketika Sofea terperangkap dalam stor yang tiba-tiba bergelap dan Hariz muncul secara mengejut, mencetuskan suasana tegang yang membuat penonton tertanya-tanya sama ada tindakannya benar-benar didorong oleh cinta atau sudah bertukar menjadi obsesi yang berbahaya.
Ulasan Episod 37 : Hariz upah orang ragut sofea dan dia selamatkan sofea nak tunjuk hero !!
"DIA TU BAKAL ISTERI SAYA!”
Hariz terus naik angin bila staf pejabat tanpa sengaja memanggil Sofea sebagai “Datin” 😤
Tapi apa yang lebih menyakitkan…
Sofea langsung tak pernah bagi harapan pun kepada Hariz 😔
Namun Hariz masih berkeras, masih berharap, masih mengejar sesuatu yang mungkin dah lama tak wujud…
💠Come on Hariz… sedarlah diri tu sikit.
Sofea bukan milik kau. Dan dia pun tak pernah mahu dekat dengan kau.
Geram tengok keadaan ni… 😤💔
👉 Korang rasa Hariz ni masih boleh ubah tak atau dia sebenarnya dah terlalu jauh hanyut dengan perasaan sendiri?
💬 Komen pendapat korang 👇
Ulasan Episod 36 : Hariz menggila !! Dia nak dapatkan balik Sofea !!
Episod 36 Dendam Seorang Mentua benar-benar membuka lembaran baharu apabila rahsia terbesar Hariz akhirnya terbongkar. Pengesahan bahawa dia bukan anak kandung arwah Muzaffar menjawab segala persoalan mengapa dia tidak pernah menerima kasih sayang yang sewajarnya ketika hidup bersama Muzaffar. Namun, daripada meratapi nasibnya, Hariz melihat perkara itu sebagai peluang kedua untuk mendapatkan semula cinta Sofea, wanita yang sebelum ini dianggap mustahil untuk dimiliki kerana statusnya sebagai ibu tiri.
Dalam masa sama, Yasmin semakin jelas menunjukkan perasaannya terhadap Karl dan mula melihat Sofea sebagai penghalang kepada rancangannya. Apa yang lebih membimbangkan, Hariz mula menunjukkan sikap obsesif apabila sanggup masuk ke rumah Sofea dan mengambil bajunya tanpa pengetahuan wanita itu, sesuatu yang membuatkan penonton semakin geram dan risau. Episod ini juga memperlihatkan Karl yang terus cuba menenangkan Sofea mengenai kehilangan anak mereka, namun kehadiran Hariz dan Yasmin yang semakin agresif dijangka bakal menggugat kebahagiaan pasangan itu.
Episod ini berjaya membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada Hariz benar-benar ikhlas mencintai Sofea atau sebenarnya sudah mula menjadi terlalu taksub sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. 🔥💔😱
Ulasan Episod 35 : Harlina kena cerai !! Polis dah tangkap dia masuk penjara !
Ulasan Episod 33 : Anak Sofia kena culik ? Kesiannya !
Episod 33 Dendam Seorang Mentua memang penuh dengan drama yang buat penonton geram dan tak senang duduk. Harlina nampaknya semakin hilang pertimbangan apabila sanggup mengupah samseng untuk menghalau Sofia dan ibunya, sedangkan Sofia langsung tak pernah berniat merampas Hariz seperti yang dituduh.
Nasib baik ibu Harlina sendiri masih ada rasa simpati dan sanggup membantu Sofia ketika semua orang seolah-olah mahu melihatnya menderita. Paling puas hati sudah tentu bila Hariz akhirnya meletup dan mengaku dia penat melayan perangai Harlina yang asyik menyalahkan Sofia dalam semua perkara.
Namun, babak terakhir benar-benar mengejutkan apabila anak Sofia tiba-tiba hilang, membuatkan ramai penonton mula tertanya-tanya sama ada ini kerja Harlina atau ada dalang lain yang sedang merancang sesuatu yang lebih besar. Episod kali ini memang berjaya buat penonton tak sabar menunggu episod seterusnya.
Ulasan Episod 32 : Harlina Halau Sofia dari Rumah!! Tuduh Sofia Penyondol pula !!
Episod 32 Drama Dendam Seorang Mentua benar-benar sarat dengan konflik, emosi dan tindakan di luar kawalan apabila dendam Harlina terhadap Sofia semakin membara sehingga sanggup menghalau Sofia dan anaknya tanpa belas kasihan.
Dalam masa yang sama, penonton turut disajikan dengan sisi misteri apabila Hariz mula menyedari banyak perkara pelik termasuk tindakan isterinya yang didakwa menjadi punca rumah Sofia disita, namun dia masih memilih untuk berdiam diri. Karl pula terus memainkan peranan penting dalam kekecohan ini apabila tindakannya terhadap “budak” yang ditunggu Harlina menambah lagi ketegangan cerita.
Kemuncak episod ini pastinya apabila Harlina menyerang Sofia di kampung dengan tuduhan berat sebagai perosak rumah tangga, menjadikan situasi semakin tidak terkawal dan penuh drama. Episod ini jelas menggambarkan bagaimana dendam yang tidak dibendung boleh menghancurkan banyak kehidupan, dan penonton pasti tertanya-tanya sejauh mana Harlina akan terus melangkah dalam membalas sakit hatinya serta apakah kebenaran sebenar yang masih tersembunyi.
Ulasan Episod 31 : Macam Tu jer peguam kena ugut dengan Harlina!! eeee.. KARL bertukar jadi malik tau !!
Episod 31 Dendam Seorang Mentua memang penuh kejutan bila surat wasiat Muzaffar akhirnya didedahkan dan semua harta disahkan milik Harlina, sekali gus membuatkan satu keluarga terkejut besar dan mula saling menyalahkan. Hariz pula naik angin kerana langsung tidak mendapat apa-apa, manakala Harlina kekal tenang seolah-olah semuanya sudah dirancang dari awal.
Namun keadaan jadi lebih tegang apabila Karl mula syak ada sesuatu yang tidak kena dan mula menyiasat sehingga menemui petunjuk bahawa wasiat itu mungkin telah dimanipulasi. Dalam masa yang sama, Harlina semakin berani apabila bertindak mengugut, mengawal keadaan dan bahkan menceroboh pejabat Karl, membuktikan dia bukan sekadar menantu biasa.
Episod ini memang buat penonton tertanya-tanya, adakah Harlina benar-benar pewaris sah atau semua ini satu permainan licik yang bakal meletup lebih besar di episod seterusnya.
Ulasan Episod 30 : Harlina dapat Harta Muzaffar ? !! Geram aku !!
Episod 30 boleh dianggap antara episod paling emosional dan penuh plot twist dalam Dendam Seorang Mentua. Kekejaman Harlina semakin melampau apabila dia bukan sahaja menghalau Sofia, malah merampas Aqil atas alasan mahu menguasai harta keluarga.
Kehadiran Karl sebagai penyelamat pula sedikit melegakan penonton, malah chemistry antara Karl dan Sofia mula mendapat perhatian. Namun, kemunculan wasiat Muzaffar yang meletakkan semua harta atas nama Harlina benar-benar mengubah keseluruhan jalan cerita dan membuka pelbagai persoalan baharu.
Penonton pasti tertanya-tanya sama ada wasiat itu sah atau ada pihak yang sedang merancang sesuatu di sebalik tabir. Episod ini memang berjaya membuatkan ramai tidak sabar menantikan episod seterusnya.
Ulasan Episod 28 : Karl Cinta Baru Sofia selepas Muzaffar Meninggal?
Episod 28 Dendam Seorang Mentua menyajikan gabungan konflik dan bibit percintaan yang semakin menarik untuk diikuti. Harlina sekali lagi menunjukkan sikap cemburu dan ingin menguasai keadaan apabila cuba menggunakan statusnya sebagai isteri CEO untuk menekan Sofia, namun tindakannya memakan diri apabila Hariz sendiri menegaskan bahawa dia tidak mempunyai kuasa dalam syarikat tersebut.
Pada masa yang sama, hubungan antara Sofia dan Karl mula mencuri perhatian penonton selepas insiden Karl menyambut Sofia yang hampir terjatuh dari tangga. Walaupun kelihatan seperti satu kebetulan, babak tersebut berjaya mencetuskan persoalan sama ada Karl bakal menjadi insan baharu dalam hidup Sofia selepas segala penderitaan yang dilaluinya sebelum ini.
Episod ini jelas memberi petunjuk bahawa konflik Harlina semakin memuncak manakala perjalanan emosi Sofia mungkin memasuki fasa baharu yang lebih menarik.
Strategi Sofia cukup licik. Dia tidak menyerang secara melulu. Sebaliknya, dia merancang untuk masuk ke dalam lingkaran keluarga elit tersebut dengan mengahwini Datuk Muzaffar (Yusry Abdul Halim), bapa kepada Hariz. Plot twist bermula apabila Sofia kini memegang status sebagai Mentua kepada bekas kekasihnya dan sahabat yang mengkhianatinya. Bermulalah permainan manipulasi, kuasa, dan rahsia besar yang bakal meruntuhkan empayar Datuk Muzaffar.
Barisan Pelakon & Kekuatan Karakter
Kekuatan utama drama ini adalah gandingan pelakon lama dan baharu yang sangat seimbang. Tracie Sinidol sekali lagi membuktikan kualitinya sebagai pelakon wanita yang mampu membawa watak berat. Dari seorang gadis naif kepada seorang wanita yang penuh strategi, transisi watak Sofia pasti akan memukau penonton.
Kehadiran dua ikon besar, Datuk Aaron Aziz sebagai Karl dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Datuk Muzaffar memberi satu "aura" premium kepada drama ini. Jarang kita dapat melihat gandingan dua Datuk ini dalam satu skrin yang sama. Tidak lupa juga kemunculan semula Intan Ladyana sebagai Yasmin yang pastinya mengubat rindu para peminat setianya.
Sofia
Hariz
Dato Muzaffar
Karl
Yasmin
Harlina
👉 Biodata Penuh Mierul Aiman: Dari Hero Remaja Ke Bintang Aksi 2026
Produksi MIG & OST Menarik
Diterbitkan oleh MIG Production, kita tahu kualiti drama terbitan David Teo selalunya tidak mengecewakan dari segi set penggambaran dan pemilihan lokasi yang mewah. Lagu tema bertajuk Jejak Yang Tertinggal nyanyian HoonDoo turut menambah elemen melankolik dalam setiap babak sedih Sofia.
Mesej yang cuba disampaikan dalam drama ini cukup jelas—setiap perbuatan jahat pasti akan ada pembalasannya. Namun, persoalannya adakah dendam itu benar-benar akan memberi kepuasan kepada Sofia? Atau adakah dia juga akan terjerat dalam permainan yang diciptanya sendiri?
Kesimpulan: Drama Wajib Tonton 2026
Dengan jumlah 50 episod, penonton bakal dibawa dalam satu pengembaraan emosi yang panjang. Jangan lupa saksikan Dendam Seorang Mentua setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima. Korang juga boleh strim secara online menerusi aplikasi sooka dan Astro GO untuk tontonan tanpa gangguan.
Adakah Sofia akan berjaya dalam misinya? Jom kita sama-sama bincangkan di ruangan komen bawah!
Admin & Content Creator Sports & Entertainment.

