Biodata Mila Mohsin: Anak Tiara Jacquelina Yang Kini Bergelar Pelakon Filem

Darah seni nampaknya terus mengalir dalam diri Mila Mohsin, anak kepada pasangan ikonik industri hiburan tanah air, Allahyarham Hani Mohsin dan Puan Sri Tiara Jacquelina. Selepas sekian lama membina nama dalam bidang sukan, Mila kini secara rasmi melangkah ke dunia lakonan. Sebagai tambahan, drama Good Boys Go To Heaven lakonan mila juga mendapat sambutan hangat dan tengah trending sekarang ni tau. korang dah tengok ke?


Profil Dan Latar Belakang Mila Mohsin

Mila Mohsin, atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin, kini berusia 32 tahun pada 2026. Beliau bukan sahaja dikenali kerana latar belakang keluarganya yang hebat, malah merupakan seorang atlet dan pelatih seni mempertahankan diri Jiujitsu yang disegani.



Biodata Mila Mohsin: Anak Tiara Jacquelina Yang Kini Bergelar Pelakon Filem


Mila Mohsin Sebagai Puteri Gunung Ledang.

Baru-baru ini, Mila Mohsin telah di pilih sebagai puteri gunung ledang bagi persembahan teater PGL untuk tahun 2026. Ia merupakan satu pengiktirafan besar buat mila dan mengimbau kenangan peminat kehebatan lakonan teater yang sama di sembahkan oleh ibunya, Tiara satu ketika dahulu.


Mengikut Jejak Langkah Ibu Dan Bapa

Keputusan Mila untuk terjun ke bidang lakonan bukanlah satu perkara yang mengejutkan memandangkan beliau dibesarkan dalam keluarga seni. Menurut laporan Harian Metro, ibunya, Puan Sri Tiara Jacquelina yang merupakan penerbit dan pelakon filem lagenda Puteri Gunung Ledang, telah memberikan restu sepenuhnya buat Mila untuk menceburi bidang filem.


Biodata Mila Mohsin: Anak Tiara Jacquelina Yang Kini Bergelar Pelakon Filem


“Alhamdulillah, ibu saya dah beri restu untuk saya babitkan diri dalam bidang filem. Kebetulan, pengarah filem Laknat (Teong Hin Saw) menghubungi saya dan tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju,” – Mila Mohsin.

Debut Sulung Dalam Filem 'Laknat'

Mila bakal membuat kemunculan sulung di layar perak menerusi filem berjudul Laknat. Menariknya, filem ini diarahkan oleh Teong Hin Saw, pengarah yang pernah bekerjasama dengan ibunya dalam filem Puteri Gunung Ledang. Kehadiran Mila dalam industri ini pastinya dinantikan oleh ramai peminat yang rindu akan lakonan arwah bapanya, Hani Mohsin.

Biodata Ringkas Mila Mohsin

  • Nama Penuh: Hani Karmila Hani Mohsin
  • Nama Artis: Mila Mohsin
  • Umur: 32 Tahun (2026)
  • Bapa: Allahyarham Hani Mohsin
  • Ibu: Puan Sri Tiara Jacquelina
  • Kepakaran: Pelakon, Atlet & Pelatih Jiujitsu
  • Instagram : IG Mila Mohsin
  • Suami : Abang Saef Hud

Dengan restu daripada seorang "Puteri Gunung Ledang" dan bakat semula jadi yang dimiliki, Mila Mohsin dijangka bakal menjadi pelapis seni yang berkualiti di Malaysia.

KONGSIKAN:

Admin & Content Creator Sports & Entertainment.