Azeva TTMM2 Dedah Ciri Lelaki Idaman Yang Matang Emosi
Bintang realiti dan pelakon yang sedang meningkat naik menerusi program Talk To My Manager 2 (TTMM2), Azeva mencuri perhatian warganet selepas tampil membuat perkongsian terbuka mengenai kriteria dan ciri-ciri lelaki idaman yang ingin dijadikan pasangan hidupnya.
Pemilik nama penuh Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin ini mendedahkan bahawa dia sangat mengimpikan seorang lelaki yang mempunyai tahap kematangan emosi yang tinggi serta mampu mendalami dan memahami corak pemikirannya dengan baik. Faktor pengalaman hidup yang mencabar ternyata membentuk peribadi dirinya hari ini.
Baca juga: Biodata Anggrek Peserta Termuda TTMM2.
Cepat Matang Berbanding Rakan Sebaya, Mahu Lelaki Matang Emosi
Menerusi potongan video yang tular di aplikasi TikTok, Azeva menjelaskan kriteria "matang emosi" merupakan satu-satunya tuntutan utama yang diletakkan sekiranya ada mana-mana lelaki yang mahu mendekati dirinya. Jelasnya lagi, dia sendiri memiliki sifat matang yang agak awal berbanding rakan-rakan seusianya.
“Ciri-ciri lelaki yang saya minat adalah matang dari segi emosi. Itu sahaja yang saya minta, boleh matang dalam bab emosi. Sejujurnya, saya cepat matang sedikit. Saya matang lebih cepat daripada rakan-rakan saya,” ulas bintang TTMM2 itu.
Permintaan yang diletakkan oleh Azeva itu bukan sekadar cakap kosong, sebaliknya ia didorong oleh rentetan krisis kehidupan dan ujian berat yang terpaksa dilaluinya sejak zaman kanak-kanak lagi.
---Hadapi Krisis Sejak Kecil, Kehilangan Ayah & Ibu Sibuk Bekerja
Buka cerita mengenai kisah silamnya, Azeva mendedahkan bahawa dia terpaksa berdikari dan menempuh fasa pembesaran dalam keadaan yang agak sunyi selepas ketiadaan bapa di sisi serta ibu kandungnya yang terpaksa keluar bekerja demi kelangsungan hidup.
“Saya dari kecil dah menghadapi krisis kehidupan. Dari kecil ayah saya dah hilang. Mak saya pun bekerja 24 jam. Jadi, saya membesar seorang diri. Bila kita membesar seorang diri, kita akan cepat matang. Kita cepat faham sesuatu benda, cepat tangkap apa baik dan buruk dunia ini,” tambahnya lagi.
Pengalaman pahit mematangkan dirinya untuk menilai realiti kehidupan dengan lebih cepat. Disebabkan itu, dia amat berharap dipertemukan dengan seorang lelaki yang "sekepala" dan mampu mengimbangi tahap pemikirannya.
---🎬 Perkembangan Program & Drama Melayu Terkini:
- Program Hangat: Senarai Lagu Tugasan Minggu 7 Talk To My Manager 2
- Rancangan Realiti: Markah Minggu 6 Talk To My Manager 2.
- Ulasan Netizen: biodata Sarimah Ibrahim Juri Talk To My Manager 2.
Mahu Calon Pasangan Yang Lebih Matang
Mengakhiri kenyataannya, Azeva menegaskan impiannya adalah untuk mencari pasangan yang mempunyai pemikiran setaraf atau jauh lebih matang berbanding dirinya supaya hubungan yang dibina nanti lebih stabil dan harmoni.
"Jadi kalau boleh saya nak jumpa lelaki yang sekepala dan matang. Sekurang-kurangnya sama ada (setaraf) dengan saya. Lebih baik dia lagi matang dari saya," ujarnya yang kini semakin mendapat tempat di hati peminat drama tempatan.
Kesimpulan
Kisah Azeva ini membuktikan bahawa di sebalik wajah ceria para peserta Talk To My Manager 2, masing-masing menyimpan kisah tersendiri yang membentuk jati diri dorang. Semoga impian Azeva untuk dipertemukan dengan jodoh yang matang emosi dan mampu melindunginya akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Admin & Content Creator Sports & Entertainment.
