Hai korang! Aku tak sabar nak tengok drama baru ni tau. Drama baharu slot Samarinda, Dorm 403 dijangka menjadi antara drama paling dinantikan apabila mula bersiaran pada 15 April 2026 di TV3.
Menampilkan jalan cerita penuh misteri, konflik remaja dan rahsia gelap di sebuah sekolah berasrama penuh, drama ini dijangka memberi kelainan kepada penonton yang sudah lama menantikan drama seram tempatan.
Tiba-tiba aku teringat pengalaman sendiri duduk asrama waktu sekolah dulu kan. Kisah seram bilik hujung, 'benda' menumpang kat loker, memang tak leh lari dari budak asrama. Bila aku tengok trailer Dorm 403 ni, terus rasa seram sejuk balik sebab vibes dia sebiji macam urban legend asrama aku dulu!
Bagi korang yang tak tahu, drama ini diarahkan oleh Raja Mukhriz, Dorm 403 turut menampilkan barisan pelakon muda berbakat seperti Muaz Zabir, Evertts Gomes dan Nik Rifaie.
Selain itu, drama ini juga boleh ditonton secara strim di iQIYI satu jam selepas tayangan di TV3.
Ringkasan Episod 1 — Dorm 403
Episod pertama Dorm 403 membuka jalan kepada kisah misteri yang penuh tanda tanya di sebuah sekolah berasrama penuh. walaupun episod kali ni aku tengok sendiri macam agak slow tapi lepas ni mesti lebih seram kan.
Jalan cerita dekat sekolah ni memang ada something yang korang tak tahu tau.
Cerita bermula apabila sekumpulan pelajar dikenakan hukuman mencuci tandas oleh seorang cikgu. Hukuman tersebut membuatkan mereka berasa tidak puas hati dan mula menyimpan dendam terhadap cikgu berkenaan. Malah, mereka dilihat berbincang untuk membalas perbuatan cikgu tersebut, sekali gus memberi bayangan awal konflik yang bakal berlaku.
Dalam masa sama, Kuyu pula dilihat bertemu secara senyap dengan Alisha yang dipercayai sebagai teman rapatnya. Namun pertemuan mereka terganggu apabila seorang cikgu tiba-tiba memanggil Kuyu, menjadikan suasana semakin tegang.
Keadaan menjadi lebih misteri apabila seorang lelaki muncul di sekolah tersebut dan mendakwa menerima undangan untuk menghadiri reunion. Namun pihak sekolah tidak mengetahui tentang sebarang reunion yang diadakan.
Lelaki itu kemudian berjalan di sekitar sekolah dan menemui sebuah bilik yang dikunci rapat. Apabila dia meminta pelajar yang memegang kunci untuk membuka bilik tersebut, pelajar itu enggan berbuat demikian tanpa memberikan alasan.
Situasi ini menimbulkan pelbagai persoalan dan membuka misteri besar dalam Dorm 403. Korang rasa siapa lelaki tu? Adakah dia kunci kepada rahsia Dorm 403? Jom kita tunggu Episod 2 malam ni!
Drama Dorm 403 Episod 2
Episod 2 Dorm 403 semakin tegang apabila konflik antara pelajar mula memuncak. Bermula dengan seorang pelajar melakukan kesalahan terhadap Kuyu, keadaan bertukar menjadi pergaduhan apabila rakan-rakan Kuyu bertindak membawa pelajar tersebut kepadanya.
Tanpa memberi peluang untuk menjelaskan keadaan, Kuyu terus menumbuk pelajar itu walaupun dia merayu dan meminta maaf. Situasi menjadi semakin serius sebelum Cikgu Hadid muncul dan menghentikan pergaduhan tersebut.
Selepas dimarahi, rakan-rakan Kuyu mula tidak berpuas hati kerana hanya mereka yang dikenakan tindakan sedangkan Sheikh tidak dimarahi. Mereka mula mempersoalkan perkara itu kerana Sheikh merupakan anak kepada guru besar sekolah.
Pada sebelah malam, Cikgu Hadid memanggil tiga pelajar ke biliknya selepas mendapati salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan. Namun ketiga-tiga pelajar itu memberi alasan bahawa pelajar tersebut terjatuh di bilik air dan bukan bergaduh.
Cikgu Hadid memberi amaran tegas bahawa jika perkara sebenar terbongkar, mereka akan berdepan tindakan yang lebih berat.
Episod ini jelas menunjukkan konflik semakin serius dan hubungan antara pelajar semakin tegang. Persoalannya, adakah rahsia ini akan terus disimpan atau bakal terbongkar? Jangan lupa saksikan episod seterusnya Dorm 403.
Drama Dorm 403 Ep 3
Episod 3 drama Dorm 403 memaparkan kebimbangan Haq terhadap kesihatan ibunya yang enggan mendapatkan rawatan di hospital. Walaupun berada di asrama, Haq hanya mampu berdoa selepas menerima panggilan daripada bapanya mengenai keadaan ibunya.
Dalam masa sama, Sheikh mencadangkan Kuyu membeli hadiah untuk Alisya sempena Love and Friendship Day, namun Kuyu masih ragu-ragu. Situasi menjadi lebih menarik apabila Sheikh sendiri menerima hadiah misteri daripada individu yang tidak dikenali.
Sheikh mula mengesyaki hadiah tersebut daripada Alisya, tetapi cuba menyembunyikannya kerana bimbang menimbulkan salah faham dengan Kuyu. Episod ini membawa elemen emosi dan misteri yang membuatkan penonton semakin tertarik untuk mengetahui perkembangan seterusnya.
Drama Dorm 403 Episod 4.
Episod 4 Dorm 403 memaparkan konflik yang semakin tegang antara Kuyu dan Alisha apabila mereka dilihat bergaduh tanpa sebab yang jelas. Alisha bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Kuyu, sekali gus menimbulkan lebih banyak persoalan.
Dalam masa yang sama, Sheikh bertindak luar jangka apabila mengamuk dan membaling cawan sehingga pecah. Dia enggan berkongsi masalahnya dan meminta rakan-rakan tidak campur tangan.
Situasi menjadi lebih dramatik apabila Kuyu, Sheikh dan rakan-rakan mereka merancang untuk keluar dari asrama secara senyap. Mereka berjaya membuka pintu belakang dan melarikan diri dengan bantuan seorang pelajar lain.
Namun Kuyu tidak membenarkan pelajar tersebut ikut bersama walaupun Sheikh mengajaknya. Episod ini berakhir dengan tanda tanya besar tentang destinasi mereka dan apa yang bakal berlaku seterusnya dalam Episod 5.
Drama Dorm 403 ep 5.
Episod 5 Dorm 403 menyajikan konflik yang semakin memuncak apabila Kuyu dikenakan tindakan gantung sekolah, mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan rakan-rakannya.
Cikgu Hadid yang terkejut dengan keputusan tersebut cuba mendapatkan penjelasan daripada guru besar. Pada awalnya, ramai menyangka hukuman itu berpunca daripada insiden pergaduhan di pusat snuker, namun perkara itu telah digugurkan dan bukan menjadi sebab utama.
Sebaliknya, tindakan terhadap Kuyu dikaitkan dengan isu lain yang melibatkan seorang pelajar perempuan, Alisha. Walaupun punca sebenar masih belum didedahkan sepenuhnya, ia cukup serius sehingga membawa kepada tindakan disiplin yang tegas.
Dalam masa sama, semua pelajar Dorm 403 turut dikenakan larangan outing selama sebulan sebagai langkah kawalan disiplin, termasuk Sheikh yang juga anak kepada guru besar.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila didapati Kuyu dan rakan-rakannya ponteng kelas dan berada di dorm ketika waktu pembelajaran.
Episod ini meninggalkan tanda tanya besar — mengapa hanya Kuyu dikenakan tindakan, dan apakah rahsia sebenar di sebalik konflik ini?
Dorm 403 Episod 6.
Episod 6 drama Dorm 403 menampilkan perkembangan misteri yang semakin serius apabila kehilangan Sheikh mula menjadi perhatian. Seorang wartawan tampil untuk membongkar rahsia lama sekolah, termasuk kes pelajar yang pernah hilang, sekaligus mencetuskan pelbagai persoalan baharu.
Ketiadaan Sheikh dari kelas menimbulkan kebimbangan, lebih-lebih lagi apabila Puan Asma mengarahkan Cikgu Hadid untuk segera mencarinya. Situasi menjadi semakin tegang apabila semua pelajar Dorm 403 dikumpulkan dan disoal siasat selepas penemuan gunting kawat dalam bilik mereka.
Namun, tiada siapa yang tampil memberi penjelasan, menyebabkan mereka dikenakan hukuman berdiri di bawah panas terik sehingga ada yang bersuara.
Dalam masa sama, hubungan antara Megat dan Tina mula berkembang sebagai rakan sekelas, manakala Kuyu masih menyimpan rahsia tentang latar belakang keluarganya.
Episod ini sarat dengan konflik dan misteri, menjadikan penonton semakin tertarik untuk mengetahui nasib Sheikh dan rahsia sebenar di sebalik Dorm 403.
Episod 7 Dorm 403
Episod 7 drama Dorm 403 semakin menegangkan apabila kehilangan Sheikh akhirnya membuka lebih banyak rahsia gelap yang selama ini tersembunyi. Cikgu Asma dan Cikgu Hadid mula mengesyaki geng budak Dorm 403 selepas mereka didapati keluar dari asrama bersama Sheikh, namun hanya Sheikh yang tidak pulang semula.
Apabila disoal, mereka gagal memberikan jawapan yang meyakinkan. Cikgu Hadid memberi amaran keras kerana jika sesuatu berlaku kepada Sheikh, mereka semua akan bertanggungjawab sepenuhnya.
Rupa-rupanya Sheikh telah dikurung di tempat persembunyian mereka sendiri. Lebih menyedihkan, Sheikh dipukul sehingga kepalanya berdarah oleh Kuyu, Hud dan yang lain. Kuyu malah dilihat semakin agresif sehingga sanggup bertindak lebih jauh selepas Sheikh mencabar mereka.
Dalam masa yang sama, seorang wartawan datang menemui Cikgu Asma untuk meminta izin membuka semula siasatan kes kehilangan pelajar pada tahun 2008, iaitu kes Haikal yang masih belum terjawab sehingga kini.
Walaupun Cikgu Hadid tidak bersetuju kerana bimbang ia akan merosakkan imej sekolah dan reputasi Cikgu Asma, namun Asma nekad meneruskan perkara itu. Baginya, jika itu boleh menjadi jalan untuk mencari Sheikh dan membongkar kebenaran, dia sanggup hadapi apa sahaja.
Episod ini penuh emosi, misteri dan ketegangan yang membuatkan penonton semakin tidak sabar menanti episod seterusnya.
Drama dorm 403 Episod 8
Dalam episod 8 Dorm 403, Sheikh yang disembunyikan oleh pelajar Dorm 403 ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel sebelum akhirnya meninggal dunia. Kejadian itu membuatkan semua panik kerana mereka takut rahsia mereka terbongkar.
Ketika mereka cuba mencari jalan penyelesaian, seorang wartawan yang sedang menyiasat kes kehilangan pelajar muncul dan menambahkan lagi tekanan. Pelbagai cadangan diberikan termasuk membawa Sheikh ke hospital atau mengebumikannya secara rahsia, namun semuanya mempunyai risiko besar.
Kuyu kemudian mencadangkan sesuatu yang lebih ekstrem iaitu menghapuskan mayat Sheikh sepenuhnya. Keputusan itu membuatkan keadaan semakin tegang dan penonton pasti tertanya-tanya apa yang bakal berlaku dalam episod seterusnya.
Drama dorm 403 episod 9
Episod 9 drama Dorm 403 (2026) membawa penonton ke fasa lebih tegang apabila pihak polis mula memasuki sekolah untuk menyiasat kehilangan misteri Sheikh. Kes ini semakin serius dan mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan pelajar serta guru.
Cikgu Hadid menjadi individu pertama dipanggil untuk disoal siasat. Sebagai warden asrama, beliau dipersoalkan mengapa tidak menyedari kehilangan Sheikh lebih awal. Namun, Hadid menjelaskan bahawa dia terlalu sibuk menguruskan pelajar lain sehingga tidak mampu memantau setiap individu secara terperinci.
Seterusnya, Kuyu turut dipanggil oleh pihak polis. Dia memaklumkan bahawa kali terakhir dia melihat Sheikh adalah di dalam kelas, dan menegaskan hubungan mereka hanyalah biasa. Namun, reaksi Kuyu menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar jujur atau menyembunyikan sesuatu.
Situasi menjadi lebih tegang apabila Megat mula panik selepas mengetahui Kuyu disoal siasat. Dia mendapatkan nasihat daripada guru besar, Puan Asma, yang menyarankan agar dia hanya menceritakan perkara sebenar kepada pihak polis.
Namun, tindakan Megat mendedahkan bahawa mereka pernah mandi sungai bersama Sheikh pada hari kejadian telah mencetuskan konflik apabila Kuyu marah kerana bimbang mereka akan menjadi suspek utama.
Secara keseluruhan, episod ini penuh dengan elemen suspens, konflik dan misteri yang semakin mendalam, membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah yang sebenarnya terlibat dalam kehilangan Sheikh.
Drama Dorm 403 Episod 10
Episod 10 drama Dorm 403 semakin menegangkan dengan pelbagai konflik misteri yang mula terdedah sedikit demi sedikit. Tina mula mengesyaki bahawa penghuni Dorm 403 menyembunyikan sesuatu rahsia besar, namun Alisha cuba menghalangnya daripada menyiasat lebih lanjut.
Dalam masa sama, Kuyu bersama Jambu, Huq dan Lonjong melalui kawasan yang dipercayai menjadi lokasi mereka menanam mayat Sheikh. Ketegangan jelas dirasai apabila tiga daripada mereka merasakan seperti diperhatikan, namun Kuyu tetap berkeras untuk melalui jalan tersebut.
Konflik hubungan turut berkembang apabila Alisha cuba berbaik semula dengan Kuyu, namun Kuyu masih ragu-ragu selepas ditolak sebelum ini.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila seorang wartawan, Payan, menyiarkan artikel mengenai sekolah tersebut sehingga menjadi viral. Walaupun pengetua, Cikgu Asma meminta artikel itu diturunkan, pihak media enggan berbuat demikian.
Akibatnya, ibu bapa Huq dan Jambu mula risau dan menghubungi anak mereka, tanpa mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka terlibat dalam satu kes pembunuhan.
Episod ini sarat dengan elemen suspen dan misteri, membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada rahsia Dorm 403 bakal terbongkar dalam episod seterusnya.
Episod 11
Episod 11 Dorm 403 semakin menegangkan apabila rahsia besar mereka mula menghantui setiap watak. Megat mula dilanda rasa takut memikirkan akibat selepas perbuatan mereka membunuh Sheikh terbongkar. Rasa bersalah jelas terpancar dalam diri mereka, namun berbeza dengan Kuyu yang masih keras kepala dan enggan mengaku kesilapan.
Dalam perkembangan lain, Payan mendedahkan kepada Cikgu Asma bahawa pihak polis masih belum menemui Sheikh walaupun usaha pencarian giat dijalankan. Payan juga merancang untuk menerbitkan artikel yang mengaitkan kehidupan peribadi Cikgu Asma demi menarik perhatian ramai terhadap kes tersebut, sesuatu yang membuatkan Cikgu Asma berang namun terpaksa berdepan realiti.
Hubungan antara mereka semakin retak apabila Huq, Megat dan Jambu mula memulaukan Kuyu. Mereka tidak lagi mahu terlibat dengan sikap Kuyu yang dianggap membahayakan semua.
Namun Kuyu tidak berdiam diri. Dia mula melawan dan mengugut dengan mendakwa dia menyimpan rahsia yang boleh menjatuhkan mereka semua jika dia ditangkap.
Episod ini memperlihatkan konflik dalaman yang semakin parah, penuh dengan tekanan, rasa bersalah dan ancaman. Persoalannya, siapa akan terselamat bila kebenaran mula terdedah?
Jangan lupa saksikan episod 12 Dorm 403 malam ini untuk mengetahui kesinambungannya!
Episod 12
Episod 12 drama Dorm 403 terus menambah misteri kehilangan Sheikh yang masih belum terungkai. Payan memaklumkan kepada Cikgu Asma bahawa pihak polis telah melakukan pencarian di kawasan belakang sekolah, namun tiada sebarang petunjuk ditemui. Kes tersebut berkemungkinan akan diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) kerana kekurangan bukti baharu. Perkembangan ini membuatkan Cikgu Asma semakin risau dan tertekan memikirkan nasib anaknya.
Dalam masa yang sama, hubungan antara Cikgu Hadid dan Alisha menimbulkan tanda tanya. Walaupun Alisha cuba mendekati dan mengajak berjumpa, Cikgu Hadid menegaskan bahawa hubungan mereka tidak boleh melebihi batas sebagai guru dan pelajar. Namun, sikap mereka tetap menimbulkan persoalan dalam kalangan penonton.
Ketegangan bertambah apabila sekumpulan pelajar nakal bertindak menconteng rumah Cikgu Hadid sebagai tanda protes. Lebih mengejutkan, Cikgu Hadid sendiri melihat contengan tersebut dan seolah-olah mengakui kebenaran di sebalik mesej yang ditulis.
Plot semakin menarik apabila Alisha meminta Cikgu Asma menemaninya ke klinik wanita dengan alasan mahu berkongsi maklumat penting tentang Sheikh. Di situ, Alisha mendedahkan bahawa Cikgu Hadid pernah menerima surat layang berkaitan kehilangan Sheikh. Namun, Alisha enggan terlibat lebih jauh dan meminta Cikgu Asma mendapatkan penjelasan sendiri daripada Cikgu Hadid.
Episod ini sarat dengan misteri dan rahsia yang belum terungkai, sekali gus membuatkan penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang disembunyikan oleh Cikgu Hadid.
Episod 13
Episod 13 Dorm 403 menjadi antara episod paling mendebarkan apabila rahsia kehilangan Sheikh mula terbongkar satu persatu. Kuyu dipukul teruk oleh gengster lama sebelum ditahan polis, namun dia masih takut untuk menceritakan perkara sebenar kerana merasakan tiada siapa akan percaya kepadanya.
Alisha pula hampir terperangkap dengan Razak, namun Tina datang membantu walaupun hubungan mereka sebelum ini tidak baik. Dalam perkembangan lain, Cikgu Hadid dipanggil polis selepas didakwa menyembunyikan surat layang dan kasut milik Sheikh, namun dia menafikan mempunyai sebarang motif terhadap pelajar tersebut.
Keadaan menjadi lebih mengejutkan apabila budak Dorm 403 mula membuat pengakuan kepada polis. Jambu mendedahkan Sheikh pernah meminta dan menyebarkan gambar tidak senonoh Alisha sehingga mencetuskan kemarahan mereka. Huq pula mengaku mereka pernah mendera Sheikh dan tidak memberinya makan.
Kemuncak episod berlaku apabila Megat mendedahkan mereka membawa Sheikh ke hotel sebelum meninggalkannya untuk keluar bermain snooker. Apabila kembali semula, Sheikh didapati sudah tidak bernyawa dan mereka mula panik serta cuba mencari jalan untuk menyembunyikan mayat tersebut.
Jalan Cerita Dorm 403 Penuh Misteri dan Rahsia Gelap
Aku baru je tengok trailer terbaru Dorm 403 kat iQIYI tadi, dan jujur aku cakap, vibes seram sekolah asrama dia memang lain macam. Teringat pulak zaman aku duduk asrama dulu, mesti ada satu bilik yang 'keras' macam ni.
Drama Dorm 403 mengisahkan kehidupan pelajar di Sekolah Menengah Seri Alami, sebuah sekolah berasrama penuh yang kelihatan normal pada awalnya.
Namun keadaan berubah apabila seorang pelajar bernama Sheikh hilang secara misteri.
Lebih mengejutkan, Sheikh merupakan anak kepada pengetua sekolah, Puan Asma yang dilakonkan oleh Dynas Mokhtar.
Kehilangan tersebut mula membuka pelbagai rahsia gelap yang selama ini tersembunyi dalam kalangan pelajar.
Pada awalnya, kehidupan pelajar di sekolah itu kelihatan seperti biasa:
-
Persahabatan remaja
-
Konflik pelajar
-
Percintaan sekolah
-
Tekanan akademik
Namun, tragedi demi tragedi mula berlaku dan suasana sekolah berubah menjadi semakin menakutkan.
Persoalan besar mula timbul:
-
Apa sebenarnya berlaku kepada Sheikh?
-
Siapa yang terlibat?
-
Apakah rahsia gelap Dorm 403?
Semua persoalan ini bakal terjawab dalam drama misteri penuh debar ini.
Senarai Pelakon Drama Dorm 403
Pelakon Utama
-
Muaz Zabir sebagai Fuza (Kuyu)
-
Evertts Gomes sebagai Mohd Hariz
-
Nik Rifaie sebagai Megat
-
Zairi Aziz sebagai Sheikh
-
Gbril sebagai Anas Rizwan (Huq)
-
Puteri Aleeya sebagai Nur Alisha
Jujur aku cakap dengan korang, dalam cerita ni pelakon remaja yang bakal menjadi tumpuan sudah pasti Muaz Zabir kan. dia bawa watak kuyu dengan sangat baik dalam trailer kali ni. fuhh tak sabar nak tengok full.
Pelakon Dewasa
-
Dynas Mokhtar sebagai Puan Asma
-
Noki sebagai Cikgu Hadid
Pelakon Pembantu
-
Muhsin Nadzli sebagai Payan
-
Shereena sebagai Qistina
-
Adam Ikmal sebagai Abeng
Kalau korang nak tahu lebih detail pasal latar belakang produksi, jam tayangan tepat, dan info teknikal lain, boleh rujuk
Info Penuh Drama Dorm 403 (TV3) kat sini tau. Aku dah kumpulkan semua kat satu tempat untuk mudahkan korang.
Kenapa Drama Dorm 403 Wajib Tonton
Antara sebab drama ini dijangka menjadi trending:
✔ Jalan cerita misteri yang kuat
✔ Konflik remaja yang realistik
✔ Elemen seram sekolah berasrama
✔ Barisan pelakon muda berbakat
✔ Arahan pengarah berpengalaman
Drama ini juga membawa suasana seram yang realistik dan berbeza daripada drama tempatan kebelakangan ini.
Fakta Menarik Drama Dorm 403
📌 Drama misteri sekolah berasrama
📌 13 episod sahaja
📌 Barisan pelakon muda popular
📌 Arahan Raja Mukhriz
📌 Boleh strim di iQIYI
Kesimpulan
Drama Dorm 403 dijangka menjadi antara drama paling menarik tahun 2026 dengan gabungan elemen misteri, seram dan konflik remaja.
Dengan jalan cerita penuh rahsia serta barisan pelakon muda berbakat, drama ini berpotensi menjadi trending apabila mula ditayangkan nanti.
Jangan lupa saksikan Dorm 403 bermula 15 April 2026, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3 atau strim di iQIYI.
FAQ Dorm 403
Drama Dorm 403 tentang apa?
Drama ini mengisahkan kehilangan misteri seorang pelajar di sekolah berasrama penuh.
Bila Dorm 403 mula tayang?
15 April 2026.
Berapa episod Dorm 403?
13 episod.
Di mana boleh tonton Dorm 403?
TV3 dan iQIYI.