Biodata Yusuf Bahrin sering menjadi tumpuan peminat drama tempatan. Pelakon kacak ini mula dikenali selepas membintangi drama-drama popular di TV3 dan Astro. Selain bakatnya di layar kaca, Yusuf turut mendapat perhatian kerana wajahnya yang dikatakan mirip dengan pelakon terkenal Aeril Zafrel.
Lebih menarik, pada tahun 2021 Yusuf Bahrin sah bergelar suami kepada penyanyi terkenal, Zizi Kirana, menjadikan pasangan ini antara selebriti Malaysia yang sering menjadi perhatian media hiburan.
Untuk tahun 2025, Yusuf membuat keputusan yang besar apabila mengizinkan isterinya zizi menyertai misi kemanusiaan ke Gaza bersama dengan pasukan sumud Flotilla. Ia jelas satu pengorbanan yang besar dari seorang suami kepada isterinya itu.
Biodata Lengkap Yusuf Bahrin
-
Nama penuh: Muhammad Yusuf bin Bahrin
-
Tarikh lahir: 8 Jun 1992
-
Umur: 33 tahun (2025)
-
Tempat lahir: Shah Alam, Selangor
-
Pekerjaan: Pelakon
-
Tahun aktif: 2019 – kini
-
Agensi: Laugh Out Loud (LOL) Entertainment
-
Pasangan: Zizi Kirana (m. 2021)
-
Ibu bapa: Bahrin Tahir (bapa), Hanita Ajis (ibu)
-
Instagram : Instagram Yusuf Bahrin.
Kehidupan Awal Yusuf Bahrin
Yusuf Bahrin dilahirkan di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Sebelum bergelar pelakon, beliau pernah mengusahakan kedai gunting rambut di Melaka selama dua tahun. Selain itu, Yusuf juga pernah bekerja sebagai jururunding kewangan sambilan.
Minatnya dalam dunia seni mula disedari selepas menerima dorongan daripada rakan-rakan, seterusnya mendapat sokongan penuh keluarga. Dari situlah langkah awalnya dalam dunia lakonan bermula.
Kerjaya Lakonan Yusuf Bahrin
Yusuf memulakan kerjaya sebagai pelakon tambahan dalam beberapa drama seperti Calon Menantu Tuan Rumah, Sweet Dreams, Satukan Rasa, dan Kau Yang Pertama.
Nama beliau mula melonjak naik selepas memegang watak Dr. Amar dalam drama Sweet Dreams yang turut dibintangi Mira Filzah dan Ben Amir. Kejayaan itu membuka jalan untuk Yusuf membintangi lebih banyak drama utama.
Antara drama popular lain lakonan beliau termasuk:
-
Perempuan Tanpa Dosa (watak Rahman)
-
Satukan Rasa (watak Shah Bakri)
-
Jesnita (watak Rafael)
-
Rajuk Karina (watak Mizan)
-
Seindah Hujan Cinta (2025)
Selain drama, Yusuf turut membintangi beberapa filem seperti The Lord Musang King (2023) dan Telekinesis (2024).
Kehidupan Peribadi Yusuf Bahrin
Pada 19 September 2021, Yusuf Bahrin menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi dan pelakon terkenal Zizi Kirana. Pasangan ini sering mendapat liputan media kerana keakraban mereka, selain sama-sama aktif dalam dunia seni.
Filemografi Yusuf Bahrin
🎬 Filem
-
Seratus (2022) – Geng Hafiz #4
-
The Lord Musang King (2023) – Haikal
-
Telekinesis (2024) – Fadhil
📺 Drama
-
Sweet Dreams – Dr. Amar
-
Perempuan Tanpa Dosa – Abdul Rahman
-
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis – Khairyl
-
Jesnita – Rafael
-
Restu (IQIYI, 2024)
📽️ Telefilem
-
Hantu Ustazah Supiah (2020)
-
Anak Busut (2020)
-
Bercinta Dengan Jin (2020)
-
Ismadi Belum Mati (2021)
Fakta Menarik Tentang Yusuf Bahrin
-
Pernah mengusahakan perniagaan kedai gunting rambut sebelum aktif berlakon.
-
Wajahnya sering dibandingkan dengan pelakon Aeril Zafrel.
-
Seorang peminat setia kelab bola sepak Manchester United.
-
Mempunyai jenama pakaian sendiri bernama Lima Waktu.
Kesimpulan
Yusuf Bahrin adalah antara pelakon Malaysia yang semakin menyerlah dengan bakat dan personalitinya yang menarik. Dari watak sampingan ke watak utama, beliau kini dikenali sebagai salah seorang pelakon lelaki popular tanah air.
Kehidupan peribadinya bersama isteri, Zizi Kirana turut menjadikan pasangan ini sering menjadi perhatian peminat.
إرسال تعليق