Dadali Dyrga Dedah Sebab Pakai Cermin Mata Hitam Ketika Persembahan
Dadali Dyrga Dedah Sebab Pakai Cermin Mata Hitam Ketika Persembahan. Korang perasan tak sewaktu persembahan minggu pertama minggu lepas, Dyrga ada memakai cermin mata hitam ketika menyanyikan lagunya kan. Tok Naz pun kata benda yang sama ketika komen persembahan dia kan. Dyrga menyanyi lagu ' Di Saat Mencintaimu ' yang merupakan lagu popularnya.
Selepas persembahan, Dadali Dyrga menjelaskan ada alasan tersendiri dia memakai cermin mata ketika menyanyi di atas pentas.
Katanya :
“Sebenarnya saya hanya bergurau sahaja dengan Datuk Syafinaz. Sejujurnya, bila saya menyanyi, saya akan selalu menangis.
“Saya ini lelaki, jadi saya tidak boleh menangis disebabkan itulah saya selalu memakai kaca mata hitam,” katanya.
“Saya menyanyi bukan seperti menyanyi biasa. Saya menyanyi seperti seseorang yang pernah mengalami kejadian itu.
“Saya mempunyai perwatakan yang lebih ke arah kesedihan jadi perkara yang paling sukar untuk saya lalui itu adalah ketika menyanyikan lagu sedih. Itu adalah cabaran buat diri saya,” ujarnya.
--
Memang persembahan Dadali dyrga pad aminggu pertama minggu lepas banyak memberi kesan kepada penonton dan dia juga mendapat kedudukan kedua di belakang Liza Aziz tau. Ditambah pula ramai peminat Dadali Dyrga di Malaysia menjadikan malam itu sungguh bermakna.
Bagaimana pula persembahan Dadali dyrga pada minggu kedua malam nanti? sama-sama kita nantikan.
Post a Comment