Telefilem Langit | Episod Penuh

Telefilem Langit merupakan sebuah telefilem yang menghimpunkan pasangan suami isteri iaitu Eira Syazira dan juga suaminya Azad Jasmin.


Mengetengahkan kisah seorang isteri yang kematian suaminya berjaya membuatkan penonton meruntun jiwa melihat pasangan ini berlakon.


Kali pertama ditayangkan adalah pada 25 Jun 2022 di slot cerekarama dan kini diulangsiarkan pada 1 Jun 2024 di saluran yang sama.


Ohya, korang dah tengok cerekarama makbulcerekarama makbul yang ditayangkan minggu lepas? ramai gila yang suka dengan jalan cerita dia sebab tulah viral kan. korang dah tengok ker?


Telefilem Langit


Sinopsis Langit


Telefilem ini mengisahkan tentang Raziah yang merupakan isteri kepada Pak Azad. Kehidupan mereka sangat bahagia dan tenteram. Satu hari ujian mula menimpa dirinya.

Suami yang disayangi itu meninggal dunia. Maka bermulalah hidup baru Raziah dan anak-anaknya. Dia berusaha sehabis baik untuk membesarkan anaknya.

Banyak kerja yang dia buat tetapi dia tetap mendapat pandangan serong daripada masyarakat sekelilingnya. Namun Raziah tetap dengan dirinya dan teruskan berusaha.

Sehinggalah satu hari dia berjaya dan dapat melihat anak-anaknya juga berjaya ketika dia masih hidup. Bagaimanakah perasaan raziah ketika berhadapan dengan masyarakat yang tidak membantu nya?

Kalau nak tahu, kenalah tonton di saluran tv 3.


Info dan Pelakon

Bpleh ke nak guna bagaikan langit dengan bumi untuk menggambarkan penerimaan masyarakat di sekeliling Raziah itu? Macam sesuai jer kan.

Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Eira Syazira, Pak Azad, Syed ali dan juga Fauziah Nawi. Disamping itu adalah pelakon-pelakon lain yang terlibat.

Review Jujur


Cerita ini sangat meruntun jiwa sebabnya aku bayangkan perkara itu terjadi kepada diri sendiri dan pasti ia sangat sukar untuk dilalui.

Pada masa yang sama gandingan suami isteri Eira dan Pak Azad sangat menjadi sehinggakan menimbulkan kesan mendalam dalam diri aku.

Kalau korang belum tengok lagi, tolonglah tengok dan rasai sendiri bagaimana karya telefilem langit ini meruntun jiwa kita yang menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post