Azharina Hidap Kanser. Bekas juara gegar vaganza ini mengejutkan peminat-peminatnya dengan berita yang dia sedang berjuang melawan penyakit kanser dalam dirinya.
Azharina mendedahkan perkara ini kepada gempak.com dalam satu temubual. Dia berkata;
“Saya didiagnos kanser tetapi belum boleh dikongsi kerana masih menunggu keputusan yang tepat dalam tempoh dua minggu lagi.
“Sepatutnya saya menjalani pembedahan pada minggu hadapan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan.
“Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan kerana saya suka makan. Satu lagi pembedahan pula melibatkan kanser yang masih belum dikenali pasti,” katanya
Azharina berkata penyakitnya itu membuatkan emosinya terganggu.
“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.
“Tetapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi hidup tetap perlu diteruskan.
“Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya.
--
Sebagai peminat, kita doakan agar Azharina cepat sembuh dan kembali dengan aura dan semangat yang baru untuk menghiburkan peminat-peminatnya.
Aku yakin ramai peminat-peminat gegar vaganza merindui suara hebat ini dan mendoakan yang terbaik kepada Azharina dalam proses penyembuhan ini.
Post a Comment