Alyah Kongsi Gambar Baby Dengan Tok Ram
Alyah Kongsi Gambar Baby Dengan Tok Ram. Mesti ramai yang terkejut bila tengok gambar ni kan. Rupanya Tok Ram dan Alyah pun ada anak lah.
Ehh jaap!! Kita tahu yang perkahwinan Tok Ram dan Alyah merupakan perkahwinan kedua Tok Ram dan dia memang ada anak dari perkahwinan pertama dulu kan.
Tapi ni gambar anak dengan alyah tau. Korang mesti peningkan.
Cerita sebenarnya adalah bayi dalam gambar ini merupakan anak angkat kepada Tok Ram dan Datin Alyah. Namanya adalah Nur Izzara.
Alyah dalam satu postingan di instagram berkata;
"Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah.
"Terlalu banyak kebaikan yang diberikan kepada kita hingga ada kalanya kita malu nak meminta lebih kerana banyaknya dosa-dosa kita.
"Tapi, Dia tahu apa yang ada jauh dalam hati kita. Engkau Maha Baik Ya Allah SWT, lagi Maha Penyayang.
"Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu," katanya.
"Peringatan buat saya, walaupun telefon bimbit ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya, tapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah SWT yang Maha Hebat dan Maha Kasih," katanya.
"Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.
"Terima kasih adik beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.
"Terima kasih buat sahabat handai yang sudi bertandang memeriahkan lagu majlis kami dari jauh dan dekat. Terima kasih sangat-sangat. Terharunya saya.
"Dan buat semua penduduk sekitar walaupun saya hanya menumpang kampung abang ipar saya, tapi, layanan kalian buat saya, suami dan seluruh keluarga terharu. Saya doakan kalian semua berada dalam rahmat Allah SWT," katanya.
--
Tahniah Tok Ram dan juga Datin Alyah atas nikmat yang diberikan ini. Semoga dengan kehadiran Izzara menceriakan lagi kehidupan tok ram dan alyah.
Post a Comment