Aisha Retno Kecewa Dengan Masalah Teknikal. Dalam persembahan para peserta di konsert minggu keenam baru-baru ini, kita lihat persembahan Aisha memang ada masalah iaitu mikrofonnya tidak berfungsi.
Memang cuak habis lah masa tu. Jadi Aisha tampil mohon maaf dan berkata ;
“Saya sebagai penyanyi apabila menghadapi masalah teknikal lagi-lagi takde suara itu memang akan rasa down lah sebab lagu ini cukup besar, bahagian yang hilang suara itu adalah ketika klimaks persembahan.
“Saya mungkin tak nak salahkan sesiapa mungkin daripada side saya sendiri saya minta maaf, mungkin kalau ada rezeki lagi untuk bawakan lagu ini saya akan pastikan tiada masalah teknikal dan masalah yang lain.
“Saya sangat suka lagu itu jadi saya rasa macam kecewa juga lah,” katanya .
Walaupun ada masa teknikal, Aisha tetap mengungguli kedudukan pertama the hardest singing show minggu keenam baru-baru ini dan Aisha juga meluahkan rasa bersyukur atas kejayaan itu.
“Saya pun tak habis fikir macam mana saya dapat nombor satu sebab walaupun ada masalah mikrofon di mana-mana pertandingan markah akan turun lah walaupun masalah itu bukan datang daripada kita.
“Tapi juri memang cukup memahami dan saya sangat bersyukur dengan itu,” tambahnya lagi.
Semoga minggu hadapan semua baik-baik sahaja dan kita doakan agar Aisha dapat perform dengan baik dan sempurna seperti biasa ya.
Post a Comment