Telefilem Amanat

Dua orang anak melaksanakan amanat ibu dan bapa mereka walaupun dalam diri mereka pernuh dengan perasaan memberontak.


Telefilem ini sebenarnya pernah ditayangkan dulu pada 25 April tahun 2020 dan akan diulangsiarkan pada 4 Mei 2024 di saluran TV3 tau.


Dibintangi pelakon hebat seperti Nafiz Muaz, Raja Atiq dan juga Fify Azmi menjadikan cerita ini menarik untuk ditonton seisi keluarga.


Telefilem Amanat



Sinopsis Telefilem Amanat.


Cerita ini bermula dengan kisah seorang bapa yang bernama munir yang mahu mendidik anaknya menjadi johan tilawah Alquran.

Namun, niat asalnya bukanlah meraih redha Allah sebaliknya hanya mahu meraih pujian manusia dan berbangga dengan kelebihan anaknya.

Hal ini menyebabkan dua anaknya, Hasan dan Husin memberontak dalam keterpaksaan. Setelah isterinya meninggal dunia, kehidupan Munir tidak seperti dahulu.

Anak-anaknya juga semakin jauh. Dapatkah Munir membetulkan keadaan ini dan bolehkan anaknya kembali taat kepadanya?


Info dan Pelakon


Disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan menginsafkan. Telefilem Amanat diulang tayangkan di saluran TV3.


Waktu Tayangan Pertama : Sabtu, 25 April 2020, 9:00 malam

Barisan pelakon yang hebat terdiri daripada Nafiz Muaz, Raja Atiq Azman, Fify Azmi, Hilal Azman, Zack Kool, Syed Irfan dan Isaac Shahril.


Saluran Tayangan : Slot Cerekarama TV3

PENULIS SKRIP : Azril Hamzah

PENGARAH : Feroz Kader

PRODUKSI : Art Ornament Sdn Bhd


Jangan lupa untuk saksikan semula telefilem ini di saluran TV3 pada hari sabtu ini ya. Memang tak rugi dan paling penting banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada cerita ini. Selamat menonton.


Previous Post Next Post