Drama Kiblat Ke Syurga | Sinopsis dan Review Jujur

Aku tak sabar nak tonton Kiblat Ke Syurga yang akan mula ditayangkan pada 5 Jun nanti dan pastinya ramai juga yang tak sabar nak tengok kan.


Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Iedil Dzuhri, Lisa Surihani dan juga Azira Shafinaz yang pasti membuatkan anda terpaku di hadapan tv!


Oh ya, aku nak kongsikan juga mengenai telefilem pergilah cinta yang ditayangkan di TV3 dan mendapat komen positif daripada penonton.


Kiblat Ke Syurga | Sinopsis dan Review Jujur


Sinopsis


Drama kiblat ke syurga mengisahkan tentang Nina dan Fakri, Mereka berkahwin dalam masa yang sama mereka berdua berfikiran liberal mengenai agama.


Sehinggalah satu hari Nina mendapat hidayah untuk belajar ilmu agama dan kembali ke pangkal jalan. Ceramah ustaz hadi menjadi pilihan Nina kerana banyak mengajar mengenai kekeluargaan dan juga rumah tangga.


Nina meminta nasihat ustaz hadi untuk menjadi orang islam yang lebih baik dari masa ke semasa. namun sejak itu, hati dia mula menyukai ustaz hadi. perwatakan ustaz itu pun lain dari suaminya si fakri tersebut.


Kemudian nina mula merahsiakan perkahwinannya daripada ustaz hadi. dalam pada masa yang sama, ustaz itu juga menyukai nina.


Tetapi dia juga mempunyai masalah tersendiri apabila dia dijodohkan dengan Dr. Khadijah yang juga seorang penceramah agama oleh keluarganya.


Fakhri tahu rumah tangganya semakin bergolak. jadi dia nekad untuk belajar agama walaupun agak susah. Fakri juga berkenalan dengan ustaz hadi dan meminta nasihat daripadanya untuk masalah keluarga dia dengan Nina.


Tapi dia tak tahu yang ustaz hadi juga mengajar Nina. Apakah kesudahan cerita cinta dua jiwa ini? adakah mereka dapat kembali pertahankan keluarga mereka atau melepaskkannya? 


Kalau nak tahu, kenalah tonton di saluran astro ria! 


Info dan Pelakon


Bagi penonton drama kiblat ke syurga, korang kena tahu cerita ini mempunyai 8 episod keseluruhannya tau dan mula ditayangkan pada jun ini.


Tarikh Mula Tayangan : 5 Jun 2024

Saluran Tayangan : Astro Ria

Skrip: Muzammer Rahman

Pengarah: Ezrie Gazali

Produksi: Le Mediator Studio


Barisan Pelakon terdiri daripada Iedil Dzuhri, Azira Shafinaz, Syarul Ezani, Lisa Surihani. Shah Kimin, Natasha Elyzza. dan Megat Sharizal


Review


Nanti dah habis tayangan, kami akan buat review kiblat ke syurga ini ya. 


Buat masa ini, jangan lupa untuk tonton drama menarik ini di saluran Astro Ria tau. Mesti best punyalah sebab pelakon-pelakon dia memang power.


Selamat menonton. 

Post a Comment

Previous Post Next Post